Sunday, December 25, 2011

Penang Trip - Last Day

Lepas breakfast, kids sambung aktiviti berenang. Mama tak koser....jadi papa la yang temankan! Dalam pukul 11, kami check-out dan bertolak balik. Rancangannya nak naik feri pulak. Wah, memang line clear betul la.... Terus je masuk dalam feri dan 5 minit lepas tu, feri pun jalan! Alhamdulillah....tak payah la menunggu lama2... Kids pun excited naik feri (ke mama yang over?). Bila feri start jalan, mama ajak kids keluar. Ya Allah, si Nurin ni memang gayat. Dia takut dan pegang dinding feri tu. Lepas dia tengok antara feri dan laut tak tinggi, barulah dia konfiden nak jalan2 atas feri.






Yang kelakar, berangan nak panjat tangga, lepas tu halfway, dia ketar lutut nak naik. Mana taknya, angin sikit punya kuat lepas tu memang tangga tu curam. Mama pulak panik sebab mama follow daripada belakang. Tudung dah nak terbang. Huwaa..... Saspen tak hengat tu.... Kontrol2x.. punya la berdoa kain dan tudung tetap maintain!! Phew....selamat! Padan muka!!! Makcik2, kakak2 yang nak naik bahagian atas feri....ni peringatan ye! Make sure anda berseluar panjang @ memakai seluar panjang di sebalik skirt/baju kurung/jubah anda ye.... Kalau tidak.... Free2 buat show! ;-)





Trafik ke Pulau Pinang dah mula banyak kenderaan. Kat hiway pun sama. Kereta dah banyak menuju utara. Wah... Lega hati sebab kami melawan arus. Trafik ke selatan ok2 je.... Takde la lengang tapi tidaklah sampai bersesak2.... Berapa banyak kali daaa buat pit stop kat RNR/tempat parking. Ada je yang nak jumpa Mr. Tan (bukan Seth Tan ye... ;-) ). Reminded hubby singgah di RNR kat Sungai Perak. Banyak betul jual buah2an kat situ. Buah2 pun nampak fresh. Mama borong la buah2 untuk dimakan dalam kereta. Ada ciku.... Mmmm... My favourite!



Stop solat kat Gutrie then baru nak lunch. Lunch plus early dinner la kiranya. Dalam kereta makan buah dan junk food- contrast betul, healthy vs unhealthy food. Mula2 nak makan seafood tapi lepas tu kami decide untuk ke Citta Mall di Ara Damansara dan tengok food apa yang sedap. Ada Chili's, Pappa Rich, Meat Works etc. Kami makan di Meat Works.

Papa order ribs, Sarah order steak (cik kak ni kuat makan sekarang, tak nak kid's portion tapi ambil portion adult!), Nurin dan Naznin makan Junior Steak dan Mak Long makan spaghetti carbonara! Mama? On diet! Hahaha.... Yo la tu.... Mama share food dengan mak long. Peh, Carbonara kat sini lagi sedap daripada kat Italiannies (dan sedap lagi daripada mama punya!)








Tu aje food yg sempat disnap....hak lain tak sempat nak tangkap....perut dah lapo sangat... tak ingat apa dah! :-p