Thursday, March 22, 2012

A piece of me....

Subhanallah.....syukur tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerana menemukan saya dengan blog Prof Mohd Kamil, Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan. Secara tidak sengaja, I came across his blog. Again....subhanallah....syukur alhamdulillah....banyak pengajaran yang saya perolehi daripada blog beliau. Betapa beliau sering menerima kunjungan tetamu dalam masa yang saya kira agak padat...Masya Allah...berkatnya masa yang Allah kurniakan kepada mereka. Tak jemu2 melayan tetamu yang berhajat untuk berjumpa mereka. Semalam, saya meninjau2 lagi blog tersebut dan mendapati bahawa Prof telah menghasilkan buku Travelog Haji seawal tahun 2006! Subhanallah.....saya ketinggalan kereta api rupanya! Saya sangat terkesan dengan komen2 yang dilontarkan oleh pembaca2 buku tersebut membuatkan hati meronta2 untuk mencarinya di MPH Subang Parade.

Apalagi, semalam, saya ajak Sarah bersiap2 dan selepas menghantar kereta untuk dicuci dan bersarapan, kami terus ke Subang Parade. Alhamdulillah, semua buku yang saya inginkan dapat dimiliki. Ini terrmasuklah buku hasil tulisan isteri Prof iaitu Pn Roza Roslan. Saya sangat teruja untuk membaca Travelog Haji. Hati sangat2 teringin untuk menunaikan haji/umrah....namun belum menerima kad jemputan dariNya.... Membaca catatan Prof Kamil sangat menusuk jiwa dan saya amat terkesan dengan tulisan beliau. Airmata sering tumpah kerana kagum dengan kesungguhan Prof yang menurut beliau, seorang yang jahil tentang agama, belajar dan menyediakan diri beliau sebelum mengerjakan haji. Bagaimana tidak tumpah airmata.....betapa Allah mendengar dan memakbulkan doa hambaNya walaupun pernah bergelumang dengan dosa....Masya Allah....saya ingin jadi insan istimewa seperti Prof dan keluarga ketika di Tanah Suci.

Terlalu banyak yang bermain di fikiran.....terasa betapa diri ini terlalu kerdil berbanding dengan orang lain yang punya banyak ilmu tentang agama.....namun tetap bersyukur kerana hidayah itu datang ketika usia menginjak 40an....saya mula membezakan antara menutup aurat dan membalut aurat.....banyak lagi perkara2 yang saya tidak tahu! Ya Allah.....ampunilah aku di atas kejahilanku.... Next mission....pencarian ilmu....kita tidak boleh terus dalam kejahilan....tiada alasan untuk tidak mencari ilmu agama. Kadang2 terfikir juga....betapa kita menghabiskan berbelas2 tahun mencari ilmu dunia namun amat sedikit masa yang diperuntukkan untuk mencari ilmu akhirat.... Hidup selama2nyakah kita? Esok lusa tidak matikah kita? Betapa kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga akhirat kita abaikan..... Sedangkan mati itu pasti...dan mati itu hanya permulaan perjalanan kehidupan kita yang abadi.... Sanggupkah kita memperjudikan hidup yang entah berapa tahun di dunia dengan terpelosok di neraka selama2nya? Ya Allah....saya tidak sanggup memikirkannya.

Saya bukanlah seorang yang alim....saya amat jahil dalam banyak perkara. Tulisan ini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa tetapi lebih kepada refleksi diri supaya menjadi insan yang lebih baik di sisiNya. Siapalah saya untuk mencari2 kesalahan orang lain sedangkan dosa yang dibawa sudah terlalu berat untuk ditanggung. Namun saya bergantung harap kepada Allah untuk menemukan saya dengan jalan yang Dia redhai. Dia yang memberi saya hidayah, dia juga yang mengurniakan rakan2 yang sama2 berusaha mencari keredhaanNya....Ya Allah....bantulah aku mencari jalan yang Engkau redhai...jalan orang2 yang Engkau beri nikmat, bukan jalan orang2 yang Engkau murkai atau jalan orang2 yang sesat.....