Wednesday, November 2, 2011

Health Related : ni untuk perempuan aje!!! With Update

Oleh kerana usia pun semakin tidak menggalakkan...hehehe..... Ye la nak sampai level 4 dah kan, jadi marilah kita membuat pemeriksaan kesihatan. Jadi perempuan ni, macam-maca nak kena check. 2 minggu lepas, I pergi jumpa gynae. Dah alang-alang jumpa gynae, mintaklah dia buang IUCD dan buat pap smear sekali. Sebenarnya buat pap smear tak ada apa pun. Tak sakit kalau kita relax, cuma tarik nafas dan pasrah.....hehehe..... Btw, gynae yang I jumpa tu Dr Delailah di SDMC. Sekarang ada pilihan untuk cari doktor perempuan, jadi sudah tentu doktor perempuan pilihan I.