Friday, February 17, 2012

Mari Membaca

Dah lama sangat diri ini tidak melakukan aktiviti kegemaran iaitu membaca. Minggu lepas, waktu hantar Sarah ke kelas piano, kebetulan Mirado tu berdepan aje dengan Popular..hehe...apa lagi, banyaklah novel-novel yang dibelek. Dah punggah novel2 tu ke kaunter, bila nak keluarkan kad ahli aje...lesap la pulak kad tu! Grrr.... sebab nak sangat diskaun tu, sampai kensel tak jadi beli. Hari Rabu pulak, pergilah Subang Parade, ingatkan nak bayar bil Digi. Sistem down pulak....aduss.... 

Sarah nak beli barang-barang sekolah dia jadi kami pun masuklah ke MPH. Wah, ada buku Norhayati Berahim. Masa kat Popular, takde pulak ternampak buku2 karya Norhayati Berahim. NB ni adalah salah seorang penulis yang saya gemari. Tabiat saya pulak, bila saya sukakan karya seseorang penulis tu, saya akan beli semua buku-buku karya beliau. Kalau penulis luar negara, saya suka buku2 karya Judith McNaught, Julie Garwood, Jude Deveraux. Tiga2 penulis ni semua buku yang ditulis saya telah beli dan baca kecuali buku-buku keluaran setahun dua ini aje yang saya tidak sempat beli.

Kalau penulis Malaysia, saya suka Aisya Sofea, Norhayati Berahim dan Fauziah Ashaari. Saya ada koleksi semua buku Aisya Sofea-tak banyak pun. Norhayati Berahim banyak juga. Fauziah Ashaari pula, karya terdahulu beliau saya pinjam daripada rakan dan cuma beli yang terkini sahaja. Selain itu, saya juga minat gaya penulisan Aina Emir, Sharifah Abu Salem dan Anis Ayuni cuma tidak membuat koleksi buku-buku mereka.

Hari ini saya selesai membaca novel Menunggu Kereta Api. Sarat dengan nilai murni, pengajaran dan paling penting...terselit hadis dan ayat Quran. Secara tidak langsung, kita tidak terus hanyut dibuai mimpi-mimpi indah yang disogokkan penulis. Itu adalah salah satu sebab mengapa saya sangat meminati karya Norhayati Berahim. Sangat berbaloi untuk dibaca. Nak cerita lebih-lebih, tak best, jadi bacalah sendiri. :-)