Tuesday, December 25, 2012

West Coast-East Coast-West Coast 1 week tour

Day 1

Departed from home@ 10am. Singgah brekkie@ Tmn Sri Gombak n continued our journey to Cherating. Ada a few accidents so the journey was slow. Reached Eastern Pavilion dalam pukul 3. The weather was good. The kids terus terjun pool.  Petang sikit kami pergi beach.

Day 2
Pagi lagi hari dah hujan, tapi tak lebat. Belasah masuk pool jugak! Sempat main ping pong. Malam hujan turun dengan lebat.

Day 3

Pagi ni hujan lebat betul. Takde mood masuk pool. Check-out dan terus bertolak ke Pasir Putih. Hujan lebat di sepanjang perjalanan. Tak boleh nak speeding sebab agak bahaya. It's safer to reduce speed. Lagi satu, sila la pasang lampu waktu hujan. Jangan la lokek sangat nak buka lampu. Untuk keselamatan supaya orang boleh nampak kita dan kita pun boleh nampak orang. Kadang-kadang bila nampak air di atas jalan raya, ada yang cuba mengelak dan menjangka takde kereta di depan. So, dengan memasang lampu, orang di depan alert dan tidak suka-suka cuba masuk ke lorong yang bertentangan. Bila pasang lampu tu, alang2 pasang lampu besar. Setakat lampu kecik tu takde effect apa. Dah nampak macam pakai torch light pulak! Takde kompromi when it comes to safety!

Sampai di Setiu, jalan dah start banjir. Agak mendebarkan....beberapa kali pulak tu mengharung banjir. Kami sampai agak lewat di Tok Aman Bali Resort yang terletak di Pantai Bisikan Bayu dalam pukul 4 ptg. Resort tu betul2 menghadap laut. Laut pulak tengah bergelora masa kami sampai. Meremang jugak bulu roma. Takut weh! The resort is simply magnificent! Cantik! Too bad kami datang waktu musim hujan. Ada banyak aktiviti for the whole family! Baru setahun resort ni beroperasi. Promising cuma I think bathroom kena scrub bersih lagi kot! Hahaha ...

Day 4

Masya Allah......we were just amazed. The night before, hujan menggila-gila, paginya hujan sekejap lepas tu tak hujan..... the kids even dapat mandi kat swimming pool. Nikmat Allah manakah lagi yang hendak kita dustakan..... I'm just grateful and humbled..... nikmat tak hujan tu bukan my kids aje dapat rasa....tapi other families as well. Seronok dan rasa tak percaya pulak..... As Allah wishes.....  Syukur alhamdulillah....the kids tak puas main kat swimming pool sebenarnya..... Anyway, kami check-out tengah hari dan terus menuju Kok Lanas. Otw, terlalu jalan yang banjir di area Pasir Puteh, so terpaksalah lalu jalan lain. Pandailah che abe tu....dah kampung dia....tau la dia jalan mana yang boleh dilalui..... Sepanjang petang tu kami tak buat apa-apa hanya bermalas-malasan. Lagipun hujan, so hibernate aje di rumah kakak.

Day 5

Yeay! Breakfast nasi berlauk! Walaupun kat kl banyak la jugak kedai yang jual nasi berlauk, the feel tak sama la macam nasi berlauk kat kelate.....hehehe..... lagi kick kot! Lepas breakfast,  kami pun bertolak menuju Cameron Highland. All the way takde la pulak kena meredah banjir. Weather pun sangat bagus. Tak panas dan tidak la hujan. Drizzle aje..... Tapi stretch Kuala Krai to Gua Musang, jalan sangat teruk. Lubang merata-rata. Isy3x..... Nasib baik tak hujan, kalau hujan, lagi bahaya sebab lubang ditutupi oleh air.

Sampai di Cameron awal lagi, so papa gi basuh kereta yang macam belacan rupanya...... ha! Nak cerita what happened masa basuh kereta tu....kami beratur baik punya like a law abiding citizen, tetiba sampai giliran kami, orang lain pulak yg dicuci dulu dan disiapkan lebih awal. Ya Allah....menguji kesabaran betul. Memang beristighfar banyak2 dalam kereta....mohon Allah bagi kekuatan untuk redha...... rasa nak menangis pun ada sebab siapa yang tak penat..... berjam2 travel dengan tak makan lagi..... benda yang simple tapi saya kira ujian untuk kami jugak tu.....

Lepas siap kereta dicuci, kami makan di Raaju's. Makan waffle, aiskrim dan strawberry cheesecake. Kemudian check-in. Bilik so-so.... nothing to boast about. 2 bedroom apt cukup la utk kami sefamily. Malam turun ke Brinchang cari makan di kedai tomyam seafood diikuti jalan2 di pasar malam. Actually xde menda sangat nak buat kat Cameron. Yg best cuaca yg sejuk la kot! Seriously, kami xde beli apa2 pun cuma keychain dan fridge magnet. Stoberi? Nope! Fruits? Elek....  Entah kenapa..... maybe dah penat travel kot!

Day 6

Check out pkl 10++ dan brekkie di Cameron Valley. Lepas tu lunch @ Kedai Vanggey. Perjalanan diteruskan ke Lumut. Otw tu ternampak signboard Kellie's Castle so detour sat. Lepas ambik gambar, perjalanan diteruskan ke Swiss Garden Lumut.


Pics will not be uploaded soon. Tak sanggup menunggu line yang macam siput!