Thursday, April 19, 2012

Perjalanan seorang sahabat.......

Seorang sahabat telah selamat berlepas dalam perjalanan menuju Masjid Al-Aqsa dan kemudian menuju ke Masjid Nabawi dan diakhiri dengan Masjidil Haram..... Saya rasa sayu kerana sangat teringin untuk mengikut beliau. Apakan daya, terlalu banyak kekangan dan halangan yang tidak membolehkan saya dijemput olehNya ke sana. In fact, saya hampir2 membayar deposit kepada Ustaz Amin. Kalau sesiapa yang rajin tgk tv atau dengar radio, ustaz yang saya maksudkan ialah ustaz Muhamad bin Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Amin.

Sehari sebelum hari terakhir untuk bayar deposit, June, sahabat saya, mengingatkan hari berikutnya adalah hari terakhir untuk berbuat demikian. June pun maklumkan barang2 yang perlu diserahkan di pejabat ustaz. Antaranya, gambar dan pasport. Ya Allah, gambar tak ambik lagi, Pasport tak renew lagi, duit tak withdraw lagi. Pendek kata, semua benda tak ready la. Actually the week before dah nak buat pasport tp ada halangan. I have doubts also, siapa nak uruskan anak2. Dahlah suami baru start kerja di office baru. Mana boleh cuti! I consulted my dad. Abah nasihatkan supaya saya pergi dengan suami. Takpelah saya ikut nasihat abah, lagipun memang tak tau macam mana nak manage the kids if I'm away.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ada la sebabnya kenapa saya tak dapat ikut June dan rombongan ustaz Amin. Serius, saya sedih dan sebak bila June pergi malam tadi. It could've been me with her..... :'( Apapun, saya doakan semoga June dan semua ahli rombongan sihat dan selamat sepanjang dalam perjalanan. Selain itu, saya turut mendoakan supaya Allah menjadikan mereka tetamuNya yang paling istimewa sepanjang mereka menunaikan umrah. Semoga Allah memudahkan segala urusan mereka dan semoga mereka mendapat umrah yang mabrur! Semoga satu hari nanti saya juga akan melihat sendiri Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa! Amin dan InsyaAllah!