Sedar tak sedar, hari raya dah berlalu......24 jam berputar dengan laju.... apa yang dah dibuat sejak raya hari tu? Pertamanya, bercuti dengan keluarga di Cherating. Kenapa kami suka ke Eastern Pavilion? 1st tentulah sebab private poolnya, dengan mama dan papa sekali terjun.... bonding time....buat aktiviti yang tak pernah kami buat iaitu bersukan dalam air... team terlebih sorang, so Nurin kena la jadi pengadil. Memang seronok...jauh dari rumah, jauh dari segala tekanan yang ada kat rumah (ye la... kat rumah mama mestilah stress, nak rumah sentiasa in order). I'm just glad we spent the night there. Mula-mula, I dah malas nak book bilik, tapi akhirnya book jugak bilik. Alhamdulillah, tak menyesal. Demam dan cirit birit yang melanda diri mama waktu hari raya pun hilang dengan short vacation tu.