Sunday, November 13, 2011

Demi Masa.....

Sedar tak sedar, hari raya dah berlalu......24 jam berputar dengan laju.... apa yang dah dibuat sejak raya hari tu? Pertamanya, bercuti dengan keluarga di Cherating. Kenapa kami suka ke Eastern Pavilion? 1st tentulah sebab private poolnya, dengan mama dan papa sekali terjun.... bonding time....buat aktiviti yang tak pernah kami buat iaitu bersukan dalam air... team terlebih sorang, so Nurin kena la jadi pengadil. Memang seronok...jauh dari rumah, jauh dari segala tekanan yang ada kat rumah (ye la... kat rumah mama mestilah stress, nak rumah sentiasa in order). I'm just glad we spent the night there. Mula-mula, I dah malas nak book bilik, tapi akhirnya book jugak bilik. Alhamdulillah, tak menyesal. Demam dan cirit birit yang melanda diri mama waktu hari raya pun hilang dengan short vacation tu.













What happen next? Hari Rabu pulak, hubby n I ada appointment kat spa. I beli kat Groupon. Ok la.... so so... ingatkan massage yang lebih... rupa2nya facial yang terlebih2...hehe...1st time hubby buat facial. Dia cakap next time tak mau buat dah! Hari Jumaat, Sarah register di SMK USJ 12. Nak park kereta kat tepi jalan pun susah...aiyooo...ini baru register budak form 1. Kalau hari terbuka, waktu hantar/ambil anak lagi dahsyat....arghhh...tak sanggup nak fikir... takpelah tahun depan punya cerita!

Sabtu demam lagi... dah nak naik level 4 ni... ngada2 la pulak badan ni! Takkan dah seasoned kot! Nampak gaya kena la cari rempah ratus/vitamin dan yang sewaktu dengannya...(yo la tu!)... sah2 lepas ni Nely promo produk dia kat aku...hik2...jgn marah kalau kau terbaca! Hari ni pulak pagi pergi pasar tani dan beli breakfast. Lepas tu ke Ikea pulak cari barang-barang sikit. Lunch kat kedai kawan hubby dengan geng2 SDAR dia kat PJ. Food very nice! Nanti nak ajak hubby gi lagi! Ok, lepas ni projek untuk buat kek untuk anak Ayoul pulak. Birthday boy requested kek Lightning McQueen. 

Kesimpulannya, masa yang dah berlalu akan terus berlalu.....semoga manusia tidak akan kerugian dalam mengejar masa. Apa2pun 27 ni Ustaz Azhar akan datang ke Masjid Al-Falah! Semoga tiada halangan untuk mendengar ceramah beliau, InsyaAllah! Kawan2 yang minat dengar ceramah Ustaz Azhar kat Youtube, jom kita ramai2 ke Masjid Al-Falah USJ9. Semoga tahun baru memberi sinar yang lebih indah buat kita semua!

No comments:

Post a Comment