Pelik tapi benar..... A book lover like me tak pernah pergi mana-mana pesta buku. Padahal orang lain punyalah berebut-rebut, menunggu-nunggu pesta buku. Walaubagaimanapun, tahun ni dah nekad nak pergi pesta buku kat pwtc. Siap blokkan tarikh pesta buku ie from 30 Jan- 3 Feb 2013 dalam kalendar telefon. Cadangnya, 1st day lagi nak pergi meronda. Budak2 ke sekolah, mama pun ambil peluang nak pergi beli buku. Harap2 cikgu2 tak kensel kokurikulum untuk Nurin dan Naznin. Kalau tak, alamat sekejap ajelah mama dapat meronda tengok buku. Agak2 berapa ek diskaun untuk pembelian novel? Setakat ni, kalau dekat Pustaka Rawang, if beli 3 buah buku, dapat 15% diskaun. Kat popular, kena time sale, 20% diskaun dia bagi.... Sangat2 berharap diskaun untuk novel lebih tinggi daripada hari2 biasa. Kalau tak..it'll be my 1st and last kot.
The verdict:
Ok, seriously quite disappointed la coz diskaun tak memberangsangkan, Dekat Kaki Novel, diaorang just bagi RM4 je diskaun dan di Karya Seni RM5. Cumanya, kat Kaki Novel ada novel2 lama yang dijual dengan harga RM10. Itu memang worth buying. Dekat Kaki Novel beli 5 buku aje. Dekat Karya Seni pulak sampai sepuluh novel....kopak!!! Nasib baik tak withdraw duit banyak2 sebelum pergi PWTC....kalau tak.....urghhh tak dapat dibayangkan damage bulan ini..... Huhu.... Tu tak pergi Fajar Pakeer dan Alaf21 lagi..... Whoa....masak!! What I did yesterday, terus ke booth Kaki Novel and later ke Karya Seni. I'm not the shopaholic type.....so lepas beli buku terus balik....takde maknanya nak merayau window shopping booth lain. So, lepas ni nak pergi Pesta Buku lagi tak? Entah la..... We'll see.......