Saturday, February 4, 2012

KK trip

Tahun lepas disebabkan Sarah ada UPSR, kami tangguhkan untuk bercuti lama2 ke tahun ini. Bermula dengan percutian ke Pulau Pinang diikuti dengan percutian ke Kota Kinabalu. Rancangan asalnya hendak ke Universal Studios tapi elok2 nak pergi buat pasport, papa cadangkan untuk ke KK. Mama pun ok aje memandangkan KK pun menarik juga untuk dilawati. Entah mengapa daripada tahun lepas, seronok pula bercuti dalam negara. Makanan halal senang nak cari dan sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik dalam Malaysia yang belum dilawati. Satu lagi sebab lebih murah..... Hehe... Indah sungguh peribahasa Melayu, jauh berjalan luas pemandangan. Sebenarnya ini kali kedua kami sampai ke KK. Kali pertama kami sampai KK hanya berdua tetapi kali ini bersama anak2. Apa yang kami harapkan, anak2 akan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada. Selain itu, kami mengharapkan anak2 dapat mengkagumi ciptaan yang Esa.

Hari pertama
Kami bertolak dari rumah seawal jam 9.30 pagi untuk mengisi minyak kereta. Web check-in telah dibuat malam sebelumnya, jadi sebenarnya kami tak perlu terburu-buru. Mama sebenarnya masih belum sihat sepenuhnya namun digagahi juga diri ini. Ye la...takkan nak kena tinggal kot? Flight ok, makanan ok dan sampai di KK, kereta pun dah sedia menanti di airport. Kami sewa Myvi RM 400 utk 4 hari. Dapat Myvi auto...kira ok la! Kami check in kat Seapark Condotel. Mmm... More like a motel. Ada 5 katil single tu yang I thought ok. Katil dan cadar bersih dan ok tapi memang nampak usang. Kalau yang dah biasa dengan 4/5 star hotel, Seapark Condotel ini bukan untuk anda. Btw, contact person untuk kereta Myvi ialah Roy 0128434348. Bagi saya Roy ni tak berkira sebab sepatutnya Myvi auto lebih mahal lagi tapi dia kira sama aje dgn yg manual. Rezeki! Syukur alhamdulillah! Malam tu kami makan di belakang Filipino Market. Makan 2 ekor ikan yang boleh tahan besar, 5 ekor sotong kecil dan 5 ekor udang kecil. Itu pun dah kenyang sangat2. Nasib baik tak ambil banyak. Kos dalam RM 75 campur air.














Hari kedua
Tidur tak berapa lena walaupun setiap sorang dapat katil. Seawal pukul 5 pagi dah terjaga. I started having fever the night before. Pagi tu pun demam juga so popped pills. Dalam pukul 8.30 pagi kami bertolak untuk menghala ke arah Ranau/Kundasang/Poring. Sebelum tu, pusing KK dulu cari laundry. We travel light jadi baju bawak untuk 3 hari sahaja. Tips : cari dobi untuk hari kedua jadi last day pakai baju hari pertama. Ni kalau nak travel light la....tapi kalau nak bawak segala macam tok nenek....bawaklah beg paling besar ye. Setiap seorang bawak beg galas, Nurin included. Boleh pagi tu satu kedai dobi pun kami tak jumpa kat area KK (Promenade/Le Meridien...kawasan2 belah situ la). Untuk tidak membuang masa, perjalanan diteruskan melalui Karamunsing untuk ke Rafflesia Centre di kawasan Tambunan. KK-Karamunsing-Penampang-Tambunan. Mak datuk.....jauhnya.....dah la tu tak jumpa pulak tempat yang dicari. Ada ke orang lalu jalan ni ek sebenarnya? Kami travel lebih kurang 6 jam. Tempat pertama yang dilawati apabila sampai di Kundasang ialah Desa Cattle Farm. Menariknya tentang tempat ni, lembu2 tu tau time untuk perahan susu. Jam 2 petang, lembu2 akan bergerak tanpa disuruh ke tempat perahan susu. Pandai pulak tu beratur....ada jugak la yang bertolak2....nama pun lagi haiwan..... Oleh kerana hari dah mula hujan, kami terus check-in di J. residence, lebih kurang 100m dari entrance ke Kinabalu Park. Malam tu kami makan di Restoran Intan, Kundasang. Wah, rate KL sih....Nasi pattaya RM7...dinner kami malam tu almost 60 termasuk air dan 12 chicken wings. Lepas dinner, balik ke J. Residence. Suasana memang cantik. Menyesal pulak stay semalam aje kat situ tapi memang sejuk gila!!! Dah la tak ada jaket tebal. Sama jugak macam malam sebelumnya, I had fever and worse than the day before. Pukul 12 terjaga....forced myself to sleep.



















Hari ketiga
Pukul 4 pagi terjaga lagi. Pukul 5 lebih had shower, solat dan terus siap2. Malangnya papa n the kids lepaking after Subuh. Oleh kerana demam, sambung la balik tidur. Dalam pukul 9 pagi kami check out dan terus menuju ke Kundasang. Tempat pertama yang kami tuju ialah di Sabah Tea Garden. Tak lah sebesar plantation kat Cameron tu tapi menariknya tentang Sabah Tea ni dia takde guna pesticide(if I'm not mistaken) Kami bersarapan di situ sambil menikmati teh Sabah. Segar.... Kemudian, kami terus menuju ke Poring. Dalam perjalanan, ternampak pulak signboard bunga Raflesia tengan kembang. Apa lagi, kami pun berhenti la. Paid RM35 untuk 5 orang. Ada ditulis kat kaunter, boeh tengok 2 minit aje...mak ai...jakun punya pasal...takpelah...pergilah jugak. Bunga yang kami tengok ni betina so kecil sedikit. Kalau bunga jantan lebih besar lagi. Dah tengok Raflesia, kami terus ke Poring Hot Spring. Menarik juga di situ tetapi mama dah start feeling terrible. Dizzy dari pagi.Risau kalau2 low blood pressure dan kalau pitam pulak di khalayak ramai. So, tak berapa menikmati keindahan alam di Poring. Dari Poring, kami bergerak semula ke Kota Kinabalu. Check in di Promenade Apartment Suite. Bilik ok, 2 queen size bed. Yang tak bestnya sebab kawasan rumah orang....so faham2 ajelah tapi facilities lengkap. Ada McD, klinik, kedai makan etc.... Malam tu dinner lagi kat belakang Filipino Market.

















































Hari keempat
Lepas breakfast baru kami gerak ke Jesselton Point. Untungnya sewa kereta, memudahkan pergerakan sepanjang kami di KK. Sebelum tu, check out dulu. Barang2 penuh dalam kereta...kami tinggal aje. Alhamdulillah, barang2 selamat, sampailah kami balik dari pulau. Kami decide untuk ke Pulau Sapi sebab ada aktiviti Sea Walking. Harga RM 200 untuk adult dan RM 180 untuk kanak2. Mama tak join sebab tak sihat. Tiket bot untuk kami berlima dalam RM80. Nurin foc....rezeki dia. Tax dalam 3/4 hengget jugak sorang. Dah pakai life jacket, ambil snorkeling gears, kami pun naik bot. Ride dalam 20 minit. Aktiviti pertama sea walking....seronok tengok diaorang excited. Actually kami dah decide Nurin tak payah turun takut dia tak faham arahan bila di bawah laut. Lepas sorang2 turun, I cuba la pujuk Nurin cakap next time. She cried silently. Adusss..... I asked staff kat situ, ok ke if Nurin turun? Dia cakap try dulu. Alhamdulillah everything went well. Dapat jugak Nurin join papa n the rest. It was a lifetime experience for her! I'm just glad she did it!



















































Last day in KK

Nothing much....


















































2 comments:

  1. makan kat belakang filipino market tu memang heaven kan. sayur yg diorg jual fresh sangat kat pasar tepi tu. teringin nak repeat lagi bila tengok gambar2 syima post. Dulu tak dapat pegi Poring sbb mlm yg kami dok Kundasang tu kira mlm last. The next day nak balik flight petang. Pagi2 tu just lepak kat Rose Cabin menikmati keindahan Mt Kinabalu. Dulu kami naik bas je sorang RM10 dari KK ke Kundasang. Jalan dia adehhhh.. ngeri la. kecut perut.

    ReplyDelete
  2. Mmg heaven la makan kat belakang Fililino market tu! KK mmg best la! Kami pun rasa nak pergi lagi. Nak stay lama2 sikit kat area Kundasang tu. Rose Cabin tu view memang cantik, kan? J. Residence xde view Kinabalu tp sejuknya malam2.....view hutan je.... jalan kk-kundasang mmg gerun. kami pulak gi lalu jalan lain....6 jam baru sampai Kundasang. serik lalu situ! Jom Faiz! KK revisit! Kali nk xnk bawak bdk2.... Honeymooning pulak! ;-)

    ReplyDelete