Friday, January 13, 2012

Baju untuk Naznin

Sejak tahun lepas kami panggil Ustazah untuk ajar budak2 ni mengaji kat rumah. Tambahan pulak ada kelas Tasmik kat sekolah. Tapi rasa tak cukup dengan panggil ustazah untuk ajar mengaji dan berharap asas fardhu ainnya dapat dipelajari dalam kelas Tasmik. Oleh kerana Ustazah pun sibuk dengan urusan Pengajian Sarjananya, alhamdulillah, anak saudara pulak yang mengambil alih tugas ustazah untuk mengajar adik2nya mengaji. Awal tahun pula tak dapat tidak mesti nak hantar Naznin ke sekolah agama. Naznin sedikit fobia dengan sekolah yang lama. Banyak alasan yang diberikan. Sampaikan dia menangis bila mama cakap dia kena sambung sekolah agama.

Apa2pun....Allah gerakkan hati untuk menghantar Naznin ke Masjid Al-Falah dan urusan turut dipermudahkanNya. Naznin yang dulunya menangis tak nak ke sekolah agama, minggu kedua ni sangat gembira ke sekolah agama dan siap tanya bolehkah dia sekolah agama sahaja. Dia seronok bersekolah di situ. Alhamdulillah! Masalahnya....mama tak beli baju sekolah agama untuk Naznin. Jadi, terpaksalah Naznin pakai baju yang lama sementara nak beli baju baru. Di situ timbullah idea mama untuk jahit sendiri baju sekolah Naznin. Mama berjaya siapkan 2 helai tudung dan setakat hari ini, sehelai baju dapat disiapkan. Kain, insyaAllah ye Naznin...mama study dulu...lepas tu mama try!


Aik, jadi mainan dia pulak!