Tuesday, October 29, 2013

Naoura Amily's birthday

3 Oktober....time to check in.... nervous x hengat!!!


The birth of our beloved Little Lily....





Saturday, October 26, 2013

Final Trimester Dilemma

Bila dah akhir2 pregnancy.....mula la fikir macam2. Baca bad review about Demc la.... sampai siap nak tukar hospital. Tanya pendapat kawan2 yang pernah bersalin/mendapatkan rawatan di Demc. 1 good review dan satu lagi not so good review. Lagi la pening kepala tak tau nak buat decision. Akhirnya kepada Allah jua ku ajukan dilema diri. Beberapa kali jugak buat solat istikharah dan akhirnya Allah tetapkan hati utk kekal bersalin di situ. Lagipun hubby cakap...apa pun yg berlaku adalah bahagian masing2. Pindah la hospital manapun kalau dah Allah tetapkan bahagian kita macam tu... itu la yg kita dapat.

Tak habis di situ.....bila dah 35 weeks terjumpa la pulak Gentle Birthing Group. I was surprised to know that it is possible to give birth vaginally even after multiple caesareans. Huwaaaaa......memang dilema tahap gaban la..... I wanted soooo badly to try vba2c (vaginal birth after 2 caesareans). Malangnya tak ramai doktor yg support vba2c dan mommies who had multiple csect chose to do homebirth. Tp ada 2 dr yg recommended by the group who support vbac aft multiple csect. 1. Dr Haw frm columbia asia 2. Dr Idora frm Pantai Bangsar. Had a serious discussion with hubby and finally hubby said ok he will agree to vba2c depending on whether Dr Mazita agrees to it. As mentioned above... tak ramai dr yg sanggup ambik risiko. So sah2 la Dr Mazita x approve n we decided to go ahead with czer.....(nangis tahap gabans jugak ni).

Apa pun.... this round at least I have a birth plan. Rasa mcm dah outdated sangat2. Nasib baik la jumpa Gentle Birthing Group. Through this group, banyak info yang diperolehi from other mommies. We actually have a say in our birthing and not just let the dr dictate us. For instance, whether we want the use of drugs or not, delayed cord clamping, instant bonding with infant, exclusive breastfeeding and so forth. Terlalu banyak yg nak share about gentle birthing. Apa pun.... my birth plan banyak yg tak menjadi kenyataan. I wanted hubby to be with me masa csect tp it is against Demc punya policy. Sedih....coz masa kat kpj tawakal dulu, dr siap offer hubby nak masuk ke tak. Another birth plan where instant bonding wf baby pun tak dapat. My birth plan yg menjadi ialah to have all female staffs masa dalam ot dan exclusive breastfeeding and baby stayed wf me in my room and not in the nursery. For that I'm thankful. As what Soo Wai Han said, at least this birth has a plan.  :-)

Friday, October 25, 2013

Of my pregnancy

Ok, throughout the pregnancy, I did all my check ups di DEMC. The obgyn is Dr Mazita Mashoor. Very soft spoken lady and simple. Ke becoz this patient tak banyak tanya n alhamdulillah it was a smooth sailing pregnancy. Kuasa Allah kan..... sebelum pregnant, I was diagnosed as a talassemia carrier la...arthritis la... mild carpal tunnel la.... with low blood pressure...hamek.... tp masyaa Allah... masa pregnant I was blessed with good health. Tiga2 pregnancy sebelum ni anaemia tp this one tak. Ya Rabb...betul la....bila kita letakkan seluruh pengharapan padaNya....... tak tau nak cakap banyak.... awal2 pregnant aje ada alahan tu pun not so bad. Masuk 5 bulan dah ok. Cuma berattt aje la membawa badan sebab mmg dah already besar.

Tuesday, October 22, 2013

Hibernate

Fuh.....lamanya hibernate aka bertapa dari blog ni.....penuh sawang.....huhu....tetiba bila preggy takde mood nak menulis......

Wednesday, February 13, 2013

Bila ada 2 jalur.....

Jalur lebar aka broadband? Nope...... Sesuatu yang lebih bermakna dan ditunggu-tunggu.... Masya Allah.... apabila saya redha after months of waiting......Dia kurniakan sesuatu buat saya..... sesuatu yang saya fikir mustahil.... Tiada yang mustahil bagiNya.... It's too early to tell tapi bahagia yang saya rasa tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.....

At the moment, saya hanya boleh berdoa semoga rasa bahagia ini berkekalan buat beberapa bulan dan tahun2 yang mendatang.... I guess doa saudara mara dan rakan-rakan turut memainkan peranan dalam kurniaan rasa bahagia ini dariNya. Ya Allah....sekiranya ini kurniaanMu buatku, lindungilah kami dan permudahkan......

Saturday, January 26, 2013

Our very own mini library

Wah....tajuk cam gempak tapi angan2 ajelah buat masa ni..... Honestly, one day, I'd like to transform our family hall (or shall I say utility?) into a mini library. At the moment, that space is not fully utilized. Ada tv tak guna, ada sofa pun tak duduk.....ya Allah, bukan lah kami kufur dengan nikmatMu.... (Serius takut!)... Buat masa ni, Billy Bookcase yang beli kat Ikea ada satu aje....itupun dah tak mampu menampung buku-buku yang sedia ada. Tak masuk lagi buku-buku papa yang dalam stor.


The current super mini library



The proposed space for our mini library project




Ok, back to the mini library project, I think I need to get rid of the two sofas and also the tv. Anybody wants the sofas n tv? Tak fully utilized so memang ada pembaziran di situ. Dulu ada Astro tp now decoder kat bawah. Let me know if ada anybody wants ye. Nak bagi kat orang, kena upah lori, tu yang malas nak fikir. Anyway, the mini library is not on top of my list so I don't know if my dream will come true anytime soon. So, enjoy my dream mini library..eh mini ke eh?






Tuesday, January 22, 2013

Pics of our 1 week tour

Eastern Pavilion Cherating Day 1-3








Journey from Cherating to Kelate






Sunday, January 20, 2013

Pesta Buku 2013 @ PWTC




Pelik tapi benar..... A book lover like me tak pernah pergi mana-mana pesta buku. Padahal orang lain punyalah berebut-rebut, menunggu-nunggu pesta buku. Walaubagaimanapun, tahun ni dah nekad nak pergi pesta buku kat pwtc. Siap blokkan tarikh pesta buku ie from 30 Jan- 3 Feb 2013 dalam kalendar telefon. Cadangnya, 1st day lagi nak pergi meronda. Budak2 ke sekolah, mama pun ambil peluang nak pergi beli buku. Harap2 cikgu2 tak kensel kokurikulum untuk Nurin dan Naznin. Kalau tak, alamat sekejap ajelah mama dapat meronda tengok buku. Agak2 berapa ek diskaun untuk pembelian novel? Setakat ni, kalau dekat Pustaka Rawang, if beli 3 buah buku, dapat 15% diskaun. Kat popular, kena time sale, 20% diskaun dia bagi.... Sangat2 berharap diskaun untuk novel lebih tinggi daripada hari2 biasa. Kalau tak..it'll be my 1st and last kot.

The verdict:

Ok, seriously quite disappointed la coz diskaun tak memberangsangkan, Dekat Kaki Novel, diaorang just bagi RM4 je diskaun dan di Karya Seni RM5. Cumanya, kat Kaki Novel ada novel2 lama yang dijual dengan harga RM10. Itu memang worth buying. Dekat Kaki Novel beli 5 buku aje. Dekat Karya Seni pulak sampai sepuluh novel....kopak!!! Nasib baik tak withdraw duit banyak2 sebelum pergi PWTC....kalau tak.....urghhh tak dapat dibayangkan damage bulan ini..... Huhu....  Tu tak pergi Fajar Pakeer dan Alaf21 lagi..... Whoa....masak!!  What I did yesterday, terus ke booth Kaki Novel and later ke Karya Seni. I'm not the shopaholic type.....so lepas beli buku terus balik....takde maknanya nak merayau window shopping booth lain. So, lepas ni nak pergi Pesta Buku lagi tak? Entah la..... We'll see.......









Thursday, January 17, 2013

My Favourite Book





This book is really my favourite..... ada a few lagi sebenarnya but today I want to highlight this one.Kenapa? Bahasa takdela berbunga-bunga sangat. Simple and straight forward. Yang buat suka sangat2 tu sebab it gives me ideas to spice up the marriage..... How? That's for me to know and for you to find out! ;-) Hero dalam novel ni ialah Zahrain n herionnya Nawwal Husna.  I don't want to write a review coz I'm sure berlambak blog bagi review. Baca dah banyak kali but  it never fail to amuse me.... Recommended la....esp for the married ones....





Thursday, January 10, 2013

New year new year..........

For me, there's no big huha about new year.....Siap boleh tido masa orang sibuk countdown....tak tau pun meriah dengan firework....hehehe..... Anyway, apa pun about new year's resolution, I believe, buat la banyak mana resolution, kalau kita tetap tak nak berubah, tak jadi apa! So, sincerely ask yourself, what you want out of this life.....is it  going to be better or worse...... Are we gonna be a better person or worse than before.... A better Muslim or worse than before.... Each day brings us closer to our Maker..... How much preparation have me made so far...... Sigh..... Honestly, I shudder at the thought......

Ye la.....ikut tahun Hijrah, dah memang 40....kalau ikut tahun eh kita panggil ape ye? Gregorian ye? Tahun Gajah? Seriously can't think at the moment. So tahun ni baru naik 40 aka 4 series aka......You have reached Level 4..... I'm optimistic.....I will try to be a better wife, a better mom, a better daughter and friend. Bukan azam tahun baru, tapi hari2 punya azam..... Anyway, may Allah bless us with another great year and many more years to come.....In Syaa Allah.....


Tuesday, December 25, 2012

West Coast-East Coast-West Coast 1 week tour

Day 1

Departed from home@ 10am. Singgah brekkie@ Tmn Sri Gombak n continued our journey to Cherating. Ada a few accidents so the journey was slow. Reached Eastern Pavilion dalam pukul 3. The weather was good. The kids terus terjun pool.  Petang sikit kami pergi beach.

Day 2
Pagi lagi hari dah hujan, tapi tak lebat. Belasah masuk pool jugak! Sempat main ping pong. Malam hujan turun dengan lebat.

Day 3

Pagi ni hujan lebat betul. Takde mood masuk pool. Check-out dan terus bertolak ke Pasir Putih. Hujan lebat di sepanjang perjalanan. Tak boleh nak speeding sebab agak bahaya. It's safer to reduce speed. Lagi satu, sila la pasang lampu waktu hujan. Jangan la lokek sangat nak buka lampu. Untuk keselamatan supaya orang boleh nampak kita dan kita pun boleh nampak orang. Kadang-kadang bila nampak air di atas jalan raya, ada yang cuba mengelak dan menjangka takde kereta di depan. So, dengan memasang lampu, orang di depan alert dan tidak suka-suka cuba masuk ke lorong yang bertentangan. Bila pasang lampu tu, alang2 pasang lampu besar. Setakat lampu kecik tu takde effect apa. Dah nampak macam pakai torch light pulak! Takde kompromi when it comes to safety!

Sampai di Setiu, jalan dah start banjir. Agak mendebarkan....beberapa kali pulak tu mengharung banjir. Kami sampai agak lewat di Tok Aman Bali Resort yang terletak di Pantai Bisikan Bayu dalam pukul 4 ptg. Resort tu betul2 menghadap laut. Laut pulak tengah bergelora masa kami sampai. Meremang jugak bulu roma. Takut weh! The resort is simply magnificent! Cantik! Too bad kami datang waktu musim hujan. Ada banyak aktiviti for the whole family! Baru setahun resort ni beroperasi. Promising cuma I think bathroom kena scrub bersih lagi kot! Hahaha ...

Day 4

Masya Allah......we were just amazed. The night before, hujan menggila-gila, paginya hujan sekejap lepas tu tak hujan..... the kids even dapat mandi kat swimming pool. Nikmat Allah manakah lagi yang hendak kita dustakan..... I'm just grateful and humbled..... nikmat tak hujan tu bukan my kids aje dapat rasa....tapi other families as well. Seronok dan rasa tak percaya pulak..... As Allah wishes.....  Syukur alhamdulillah....the kids tak puas main kat swimming pool sebenarnya..... Anyway, kami check-out tengah hari dan terus menuju Kok Lanas. Otw, terlalu jalan yang banjir di area Pasir Puteh, so terpaksalah lalu jalan lain. Pandailah che abe tu....dah kampung dia....tau la dia jalan mana yang boleh dilalui..... Sepanjang petang tu kami tak buat apa-apa hanya bermalas-malasan. Lagipun hujan, so hibernate aje di rumah kakak.

Day 5

Yeay! Breakfast nasi berlauk! Walaupun kat kl banyak la jugak kedai yang jual nasi berlauk, the feel tak sama la macam nasi berlauk kat kelate.....hehehe..... lagi kick kot! Lepas breakfast,  kami pun bertolak menuju Cameron Highland. All the way takde la pulak kena meredah banjir. Weather pun sangat bagus. Tak panas dan tidak la hujan. Drizzle aje..... Tapi stretch Kuala Krai to Gua Musang, jalan sangat teruk. Lubang merata-rata. Isy3x..... Nasib baik tak hujan, kalau hujan, lagi bahaya sebab lubang ditutupi oleh air.

Sampai di Cameron awal lagi, so papa gi basuh kereta yang macam belacan rupanya...... ha! Nak cerita what happened masa basuh kereta tu....kami beratur baik punya like a law abiding citizen, tetiba sampai giliran kami, orang lain pulak yg dicuci dulu dan disiapkan lebih awal. Ya Allah....menguji kesabaran betul. Memang beristighfar banyak2 dalam kereta....mohon Allah bagi kekuatan untuk redha...... rasa nak menangis pun ada sebab siapa yang tak penat..... berjam2 travel dengan tak makan lagi..... benda yang simple tapi saya kira ujian untuk kami jugak tu.....

Lepas siap kereta dicuci, kami makan di Raaju's. Makan waffle, aiskrim dan strawberry cheesecake. Kemudian check-in. Bilik so-so.... nothing to boast about. 2 bedroom apt cukup la utk kami sefamily. Malam turun ke Brinchang cari makan di kedai tomyam seafood diikuti jalan2 di pasar malam. Actually xde menda sangat nak buat kat Cameron. Yg best cuaca yg sejuk la kot! Seriously, kami xde beli apa2 pun cuma keychain dan fridge magnet. Stoberi? Nope! Fruits? Elek....  Entah kenapa..... maybe dah penat travel kot!

Day 6

Check out pkl 10++ dan brekkie di Cameron Valley. Lepas tu lunch @ Kedai Vanggey. Perjalanan diteruskan ke Lumut. Otw tu ternampak signboard Kellie's Castle so detour sat. Lepas ambik gambar, perjalanan diteruskan ke Swiss Garden Lumut.


Pics will not be uploaded soon. Tak sanggup menunggu line yang macam siput!

Tuesday, November 6, 2012

Resignation Letter Part 2

Wah, ingat senang2 nak resign kerja? Ada prosedur ye..... setakat tarikh hari ini boleh la rujuk link ini untuk prosedur Perletakan Jawatan. Tapi contoh surat perletakan jawatan ikut yang ini ye..... Contoh adalah mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan  10 Tahun 2011.


Lampiran D
CONTOH
NOTIS PELETAKAN JAWATAN
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
 
Kepada :
         
………………………………………………….
………………………………………………….              
………………………………………………….
………………………………………………….
       
Tuan,
PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI ........................................................................................................
Dengan hormatnya saya  ……………………………………………………………….................................
berjawatan sebagai  …….………………………………………………………………................................
bertugas di……………………………………………………........................................................................
dan bergaji akhir RM………………………  meletak jawatan dengan memberi tempoh  notis 30 hari
mulai..............................................................................hingga........................................................................
2. Peletakan jawatan saya adalah atas sebab ..........................................................................................
..........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
(tarikh ini hendaklah tidak lebih awal daripada
tarikh notis ditandatangan)17
(nama dan alamat Ketua Perkhidmatan)
3. Dengan peletakan jawatan ini, saya bertanggungjawab menyelesaikan segala hutang dan ikatan
perjanjian saya dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
Sekian, terima kasih
Tandatangan  : ………………………………………
Nama Penuh  : ………………………………………
No. K/P  : ……………………………………...
Tarikh   : ……………………………………...
s.k.
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….




Friday, November 2, 2012

Resignation Letter

Banyak perkara yang terlintas di fikiran as I type my resignation letter. Nak menitik jugak air mata.... tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki..... Hakikatnya, it's not that I don't want to resign, hubby never insisted I stay at home....in fact, he's worried if people think that he's the one who asked me to resign. Memang banyak kenangan suka duka sepanjang bergelar guru...... I still remember pergi praktikal waktu dalam pantang... it was only 21 days after delivery.... or less than that? Kena tinggal Sarah, jalan kaki jauh sangat lepas balik kerja sebab kereta ada satu aje masa tu. Nak duduk pun sakit dan beralaskan kusyen coz  my tear was..... ye la 3.6kg utk 1st born...(effect dia sampai sekarang hokey!) Hubby pergi audit so he needed a car. On certain days hubby tak outstation baru I got to drive the car. Demam lagi masa dalam pantang tu.... isy, macam2.... 

Dah ada anak pulak, menolak stroller anak cari teksi tengahari buta bawak beg sekolah dgn buku2 sekolah.....gosh...you younger peeps are lucky...especially those who come from well to do families.....Muda2 dah ada kereta, muda2 dah beli rumah. Kitaorang duduk menyewa 3 buah rumah before finally beli rumah. Hey, don't get me wrong, Bila kita start dari susah, kita appreciate more apa yang kita ada sekarang and not take things for granted! Bersyukurlah bagi yang tak perlu bersusah payah dalam mengharungi kehidupan. Hakikatnya everyday is a struggle, ye tak? Lain orang, lain strugglenya. Anyway, back to my resignation letter.....baru harini tulih....sebabnya masih lagi mengharap agar dapat tambahan cuti lagi....tapi sorry ye....either I work or resign....I chose to resign....mana nak cari orang jaga budak2 nih? Transport lagi....sigh......takpe....saya sanggup berkorban untuk berkhidmat jadi supir anak2 asalkan I know they're in safe hands-my hands....insyaAllah.....

So, resignation letter is ready and sent to the office....... menyesal? At the moment insyaAllah no. Que sera sera......buat apa susah hati nak fikir masa depan.....I'll take one step at a time....kan Allah dah janjikan rezeki untuk setiap makhluknya? True, I'll never know what's going to happen in the future tapi.....

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Wednesday, September 26, 2012

Perginya seorang sahabat......

Kita tak tahu betapa bermakna seseorang itu dalam hidup kita sehinggalah kita kehilangannya.... I lost a friend....a very good friend. Almarhumah meninggal dunia semalam membawa bersama kandungan berusia 7 bulan menghadap Illahi. Innalillahiwainnailaihirojiun.... sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali, Al-Fatihah buat Puan Sinari bt Mohd Eunos yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 September 2012. Almarhumahlah orang pertama yang support my cake biz....every now and then, she would  order cake(s)/cuppies from me. Last she ordered was in January sebelum tangan saya sakit. She ordered a Barbie cake utk Wiwi dan cupcakes untuk Yaya-her eldest. 

Lepas sakit, ditambah kesibukan diri, saya langsung terputus hubungan dengan almarhumah. Sehinggalah bulan Ramadhan yang lalu beliau menelefon saya menyatakan kerinduannya kepada saya dan kami bercadang untuk bertemu dalam bulan Syawal....Syawal berlalu sehinggalah saya dikejutkan dengan sms Lina Awang, rakan sekerja di SMKPPm...."A'kum, kak Sinari meninggal." Ya Allah.....terkejut tak disangka2 saya terus call Lina menanyakan kesahihan berita. Lina mengiyakan dan airmata tanpa dapat ditahan2 mengalir laju...... Ya Allah, saya mengutuk diri betapa saya terlalu khusyuk dalam dunia sendiri sehingga sampai ke akhirnya kerinduan seorang sahabat tidak terubat......

I wish...........................terlalu banyak yang bermain dalam kepala....she was a good friend, banyak yang kami kongsi waktu di SMKPPm sebelum saya bercuti dan sebelum dia berpindah ke SMK Taman Desaminium. Kami berkongsi rasa suka dan duka. Walaupun pendek tempoh waktu bekerja bersama tapi keserasian itu membuatkan kami rapat. Saya berdoa semoga Allah mengampunkan dosa2 almarhumah. Semoga Allah tempatkan rohnya di sisi orang2 yang beriman, semoga Allah melapangkan kuburnya, semoga Allah menjauhkan azab siksaan kubur daripadanya dan semoga kuburnya menjadi salah satu daripada taman-taman syurga.....Amin.... Maafkan aku sahabat....Hanya doa yang mampu aku kirimkan buatmu kini...........

Wednesday, July 18, 2012

Tadarus Quran @ Masjid Al-Falah

Anyone interested nak mengikuti kelas tadarus Al-Quran boleh join everyday dari 9-10.30 pagi bermula 1 Ramadhan @ 21 Julai - 26 Ramadhan. Ada 3 tahap iaitu kelas Iqra, sederhana dan lancar. Kalau tak dapat join weekdays, weekends pun boleh join. Yang penting, kita cuba perbaiki bacaan kita, insyaAllah. oh lupa pulak, bayarannya RM40. Kalau tak silap, untuk kelas Iqra, teknik Al-Baghdadi digunakan. Please tanya Mr Google for more info ye! :-) Further enquiries about tadarus ni boleh refer FB Masjid Al-Falah dan bercakap dengan ajk yang berkenaan. Sama2lah kita semarakkan Ramadhan ini dan mempertingkatkan amalan dan kualiti Ramadhan tahun ini berbanding tahun2 lepas....insyaAllah.....