Tuesday, December 25, 2012

West Coast-East Coast-West Coast 1 week tour

Day 1

Departed from home@ 10am. Singgah brekkie@ Tmn Sri Gombak n continued our journey to Cherating. Ada a few accidents so the journey was slow. Reached Eastern Pavilion dalam pukul 3. The weather was good. The kids terus terjun pool.  Petang sikit kami pergi beach.

Day 2
Pagi lagi hari dah hujan, tapi tak lebat. Belasah masuk pool jugak! Sempat main ping pong. Malam hujan turun dengan lebat.

Day 3

Pagi ni hujan lebat betul. Takde mood masuk pool. Check-out dan terus bertolak ke Pasir Putih. Hujan lebat di sepanjang perjalanan. Tak boleh nak speeding sebab agak bahaya. It's safer to reduce speed. Lagi satu, sila la pasang lampu waktu hujan. Jangan la lokek sangat nak buka lampu. Untuk keselamatan supaya orang boleh nampak kita dan kita pun boleh nampak orang. Kadang-kadang bila nampak air di atas jalan raya, ada yang cuba mengelak dan menjangka takde kereta di depan. So, dengan memasang lampu, orang di depan alert dan tidak suka-suka cuba masuk ke lorong yang bertentangan. Bila pasang lampu tu, alang2 pasang lampu besar. Setakat lampu kecik tu takde effect apa. Dah nampak macam pakai torch light pulak! Takde kompromi when it comes to safety!

Sampai di Setiu, jalan dah start banjir. Agak mendebarkan....beberapa kali pulak tu mengharung banjir. Kami sampai agak lewat di Tok Aman Bali Resort yang terletak di Pantai Bisikan Bayu dalam pukul 4 ptg. Resort tu betul2 menghadap laut. Laut pulak tengah bergelora masa kami sampai. Meremang jugak bulu roma. Takut weh! The resort is simply magnificent! Cantik! Too bad kami datang waktu musim hujan. Ada banyak aktiviti for the whole family! Baru setahun resort ni beroperasi. Promising cuma I think bathroom kena scrub bersih lagi kot! Hahaha ...

Day 4

Masya Allah......we were just amazed. The night before, hujan menggila-gila, paginya hujan sekejap lepas tu tak hujan..... the kids even dapat mandi kat swimming pool. Nikmat Allah manakah lagi yang hendak kita dustakan..... I'm just grateful and humbled..... nikmat tak hujan tu bukan my kids aje dapat rasa....tapi other families as well. Seronok dan rasa tak percaya pulak..... As Allah wishes.....  Syukur alhamdulillah....the kids tak puas main kat swimming pool sebenarnya..... Anyway, kami check-out tengah hari dan terus menuju Kok Lanas. Otw, terlalu jalan yang banjir di area Pasir Puteh, so terpaksalah lalu jalan lain. Pandailah che abe tu....dah kampung dia....tau la dia jalan mana yang boleh dilalui..... Sepanjang petang tu kami tak buat apa-apa hanya bermalas-malasan. Lagipun hujan, so hibernate aje di rumah kakak.

Day 5

Yeay! Breakfast nasi berlauk! Walaupun kat kl banyak la jugak kedai yang jual nasi berlauk, the feel tak sama la macam nasi berlauk kat kelate.....hehehe..... lagi kick kot! Lepas breakfast,  kami pun bertolak menuju Cameron Highland. All the way takde la pulak kena meredah banjir. Weather pun sangat bagus. Tak panas dan tidak la hujan. Drizzle aje..... Tapi stretch Kuala Krai to Gua Musang, jalan sangat teruk. Lubang merata-rata. Isy3x..... Nasib baik tak hujan, kalau hujan, lagi bahaya sebab lubang ditutupi oleh air.

Sampai di Cameron awal lagi, so papa gi basuh kereta yang macam belacan rupanya...... ha! Nak cerita what happened masa basuh kereta tu....kami beratur baik punya like a law abiding citizen, tetiba sampai giliran kami, orang lain pulak yg dicuci dulu dan disiapkan lebih awal. Ya Allah....menguji kesabaran betul. Memang beristighfar banyak2 dalam kereta....mohon Allah bagi kekuatan untuk redha...... rasa nak menangis pun ada sebab siapa yang tak penat..... berjam2 travel dengan tak makan lagi..... benda yang simple tapi saya kira ujian untuk kami jugak tu.....

Lepas siap kereta dicuci, kami makan di Raaju's. Makan waffle, aiskrim dan strawberry cheesecake. Kemudian check-in. Bilik so-so.... nothing to boast about. 2 bedroom apt cukup la utk kami sefamily. Malam turun ke Brinchang cari makan di kedai tomyam seafood diikuti jalan2 di pasar malam. Actually xde menda sangat nak buat kat Cameron. Yg best cuaca yg sejuk la kot! Seriously, kami xde beli apa2 pun cuma keychain dan fridge magnet. Stoberi? Nope! Fruits? Elek....  Entah kenapa..... maybe dah penat travel kot!

Day 6

Check out pkl 10++ dan brekkie di Cameron Valley. Lepas tu lunch @ Kedai Vanggey. Perjalanan diteruskan ke Lumut. Otw tu ternampak signboard Kellie's Castle so detour sat. Lepas ambik gambar, perjalanan diteruskan ke Swiss Garden Lumut.


Pics will not be uploaded soon. Tak sanggup menunggu line yang macam siput!

Tuesday, November 6, 2012

Resignation Letter Part 2

Wah, ingat senang2 nak resign kerja? Ada prosedur ye..... setakat tarikh hari ini boleh la rujuk link ini untuk prosedur Perletakan Jawatan. Tapi contoh surat perletakan jawatan ikut yang ini ye..... Contoh adalah mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan  10 Tahun 2011.


Lampiran D
CONTOH
NOTIS PELETAKAN JAWATAN
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
 
Kepada :
         
………………………………………………….
………………………………………………….              
………………………………………………….
………………………………………………….
       
Tuan,
PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI ........................................................................................................
Dengan hormatnya saya  ……………………………………………………………….................................
berjawatan sebagai  …….………………………………………………………………................................
bertugas di……………………………………………………........................................................................
dan bergaji akhir RM………………………  meletak jawatan dengan memberi tempoh  notis 30 hari
mulai..............................................................................hingga........................................................................
2. Peletakan jawatan saya adalah atas sebab ..........................................................................................
..........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................................
(tarikh ini hendaklah tidak lebih awal daripada
tarikh notis ditandatangan)17
(nama dan alamat Ketua Perkhidmatan)
3. Dengan peletakan jawatan ini, saya bertanggungjawab menyelesaikan segala hutang dan ikatan
perjanjian saya dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
Sekian, terima kasih
Tandatangan  : ………………………………………
Nama Penuh  : ………………………………………
No. K/P  : ……………………………………...
Tarikh   : ……………………………………...
s.k.
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….
………………………………………………….




Friday, November 2, 2012

Resignation Letter

Banyak perkara yang terlintas di fikiran as I type my resignation letter. Nak menitik jugak air mata.... tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat mencari rezeki..... Hakikatnya, it's not that I don't want to resign, hubby never insisted I stay at home....in fact, he's worried if people think that he's the one who asked me to resign. Memang banyak kenangan suka duka sepanjang bergelar guru...... I still remember pergi praktikal waktu dalam pantang... it was only 21 days after delivery.... or less than that? Kena tinggal Sarah, jalan kaki jauh sangat lepas balik kerja sebab kereta ada satu aje masa tu. Nak duduk pun sakit dan beralaskan kusyen coz  my tear was..... ye la 3.6kg utk 1st born...(effect dia sampai sekarang hokey!) Hubby pergi audit so he needed a car. On certain days hubby tak outstation baru I got to drive the car. Demam lagi masa dalam pantang tu.... isy, macam2.... 

Dah ada anak pulak, menolak stroller anak cari teksi tengahari buta bawak beg sekolah dgn buku2 sekolah.....gosh...you younger peeps are lucky...especially those who come from well to do families.....Muda2 dah ada kereta, muda2 dah beli rumah. Kitaorang duduk menyewa 3 buah rumah before finally beli rumah. Hey, don't get me wrong, Bila kita start dari susah, kita appreciate more apa yang kita ada sekarang and not take things for granted! Bersyukurlah bagi yang tak perlu bersusah payah dalam mengharungi kehidupan. Hakikatnya everyday is a struggle, ye tak? Lain orang, lain strugglenya. Anyway, back to my resignation letter.....baru harini tulih....sebabnya masih lagi mengharap agar dapat tambahan cuti lagi....tapi sorry ye....either I work or resign....I chose to resign....mana nak cari orang jaga budak2 nih? Transport lagi....sigh......takpe....saya sanggup berkorban untuk berkhidmat jadi supir anak2 asalkan I know they're in safe hands-my hands....insyaAllah.....

So, resignation letter is ready and sent to the office....... menyesal? At the moment insyaAllah no. Que sera sera......buat apa susah hati nak fikir masa depan.....I'll take one step at a time....kan Allah dah janjikan rezeki untuk setiap makhluknya? True, I'll never know what's going to happen in the future tapi.....

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Wednesday, September 26, 2012

Perginya seorang sahabat......

Kita tak tahu betapa bermakna seseorang itu dalam hidup kita sehinggalah kita kehilangannya.... I lost a friend....a very good friend. Almarhumah meninggal dunia semalam membawa bersama kandungan berusia 7 bulan menghadap Illahi. Innalillahiwainnailaihirojiun.... sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali, Al-Fatihah buat Puan Sinari bt Mohd Eunos yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 September 2012. Almarhumahlah orang pertama yang support my cake biz....every now and then, she would  order cake(s)/cuppies from me. Last she ordered was in January sebelum tangan saya sakit. She ordered a Barbie cake utk Wiwi dan cupcakes untuk Yaya-her eldest. 

Lepas sakit, ditambah kesibukan diri, saya langsung terputus hubungan dengan almarhumah. Sehinggalah bulan Ramadhan yang lalu beliau menelefon saya menyatakan kerinduannya kepada saya dan kami bercadang untuk bertemu dalam bulan Syawal....Syawal berlalu sehinggalah saya dikejutkan dengan sms Lina Awang, rakan sekerja di SMKPPm...."A'kum, kak Sinari meninggal." Ya Allah.....terkejut tak disangka2 saya terus call Lina menanyakan kesahihan berita. Lina mengiyakan dan airmata tanpa dapat ditahan2 mengalir laju...... Ya Allah, saya mengutuk diri betapa saya terlalu khusyuk dalam dunia sendiri sehingga sampai ke akhirnya kerinduan seorang sahabat tidak terubat......

I wish...........................terlalu banyak yang bermain dalam kepala....she was a good friend, banyak yang kami kongsi waktu di SMKPPm sebelum saya bercuti dan sebelum dia berpindah ke SMK Taman Desaminium. Kami berkongsi rasa suka dan duka. Walaupun pendek tempoh waktu bekerja bersama tapi keserasian itu membuatkan kami rapat. Saya berdoa semoga Allah mengampunkan dosa2 almarhumah. Semoga Allah tempatkan rohnya di sisi orang2 yang beriman, semoga Allah melapangkan kuburnya, semoga Allah menjauhkan azab siksaan kubur daripadanya dan semoga kuburnya menjadi salah satu daripada taman-taman syurga.....Amin.... Maafkan aku sahabat....Hanya doa yang mampu aku kirimkan buatmu kini...........

Wednesday, July 18, 2012

Tadarus Quran @ Masjid Al-Falah

Anyone interested nak mengikuti kelas tadarus Al-Quran boleh join everyday dari 9-10.30 pagi bermula 1 Ramadhan @ 21 Julai - 26 Ramadhan. Ada 3 tahap iaitu kelas Iqra, sederhana dan lancar. Kalau tak dapat join weekdays, weekends pun boleh join. Yang penting, kita cuba perbaiki bacaan kita, insyaAllah. oh lupa pulak, bayarannya RM40. Kalau tak silap, untuk kelas Iqra, teknik Al-Baghdadi digunakan. Please tanya Mr Google for more info ye! :-) Further enquiries about tadarus ni boleh refer FB Masjid Al-Falah dan bercakap dengan ajk yang berkenaan. Sama2lah kita semarakkan Ramadhan ini dan mempertingkatkan amalan dan kualiti Ramadhan tahun ini berbanding tahun2 lepas....insyaAllah.....

Sunday, July 15, 2012

Cuppies.....Limah's order

It has been awhile since I last baked and decorated cupcakes.....  Limah order untuk hantaran pertunangan adik ipar dia. Since dah gian jugak nak buat cuppies, so buatlah cuppies untuk Limah.







Saturday, July 14, 2012

Escapade....

Oleh kerana 2 weeks ago, dearest hubby kena kerja over the weekends- habis langgar Sabtu dan Ahad, sebagai imbuhan, dapatlah dia cuti. Minggu lepas saya book la hotel melalui Agoda untuk ke Grand Lexis. Dahsyat jugak Grand Lexis ni, weekends asyik full aje. Been trying to book a room tapi asyik tak dapat. Weekdays of course la ada. So dapatlah book untuk Jumaat 13 Julai. Saya book Deluxe Suite and what a pleasant surprise, sampai kat hotel, bilik diupgrade ke Garden Villa. Alhamdulillah.....rezeki jangan ditolak. 

Overall, very satisfied with the hotel. Bilik besar dengan 2 king size bed! Kami pergi berempat without Sarah. Actually sedih jugak tp memandangkan this is the only time yang free sebelum puasa, kami pergi juga. Memang terasa bila salah seorang ahli keluarga tiada bersama. Tidak lengkap! Apapun, 2 kids on a king size bed memang besar untuk diaorang. Kalau Sarah ada pun, 3 kids on a king size bed should be ok. This time I chose PD instead of Cherating because the pool is indoor. Kat Cherating, private pool is outdoor and can still be seen oleh mata2 yang memandang. 

The one in Lexis.....all I can say is....wuuhuuu......best giler!!!! Sangat2 privacy! No holding back! Dah macam ikan duyung berenang mengalahkan anak2...(note, duyung la comey sket....walaupun saiz ala2 dugong! hehehe....) Seriously, it's way better than Eastern Pavilion in Cherating. Dekat pun dekat. 1 hour drive aje dari rumah. Plus, breakfast included. The breakfast buffet spread is really good with lots of varieties. I think it's one of the best buffet spread I've ever had. Alrighty, enjoy some pics that we took.

Depan bilik


Door to small kitchen and bathroom

The two king size beds

The small kitchen





The shower and bilik termenung....

The pool






Pool as seen from the small kitchen







  



 Depan bilik









Sunday, June 24, 2012

More of my baby....

Masih dalam mood tangkap syahdu.......More pics of my lil Sarah..... those were the days.....looking back....we've been through a lot. Those memories will forever be embedded in our mind especially the part where I had to leave Sarah with my aunt when she was barely a week old as I had to undergo my practical training at SMK Pandan Jaya.  My deepest gratitude goes to my aunt and uncle who took care of Sarah for about 4 months. Only Allah can repay their kindness. Arwah mak wasn't well so she wasn't able to take care of Sarah but she and abah made a point to visit Sarah whenever they could. I just marvel by the strength that Allah had granted on me to deal with the situation, physically and emotionally. I remember that I would call Sarah every morning at school, just to let her hear my voice and telling her how much I miss her and love her.  I pray that I won't miss her badly....insyaAllah...










About 4 months old








  



About 8/10 months?











Saturday, June 23, 2012

Once upon a time

Tetiba dalam mood tangkap syahdu sebab tinggal beberapa hari aje nak hantar Sarah ke asrama. Mula la belek2 gambar lama....huwaa....dah start sedey nih..... jangan banjir Taman Tun hari Isnin ni sudahlah ye! Time flies...my 1st born dah besar! Daripada anak sorang, tambah dua dan jadi tiga.... Cepatnya masa berlalu!...ok, enjoy some pics yang lama2 of my kids.