Wednesday, February 22, 2012

Health is wealth part 2 (kali ini bahasa rojak)

It all started a couple weeks ago when I suddenly couldn't lift my arm to brush my teeth one beautiful morning....(mana nak tau beautiful ke tak ek....kan gelap gelita kat luar tu!). Dari tak boleh angkat tangan, sampai la jari jemariku bulat gebuss sebab bengkak....dan bila bangun pagi, sakit bila nak menapak.....tak campur lagi dengan batuk dan selsema yang melekat tak nak hilang.... Peh....sekali Allah nak bagi....terima ajelah..sakit tu kan penghapus dosa...... InsyaAllah.....

Dua minggu kemudian, lepas balik dari KK, I finally got the guts to see the doctor. Thanks pada kawan2 yang advise suruh jumpa doktor. Jadi, hari Isnin minggu lepas, I went to SDMC jumpa Dr Lee Siew Peng. She's a neurologist. Disebabkan pagi tu dah makan, jadi tak bolehlah buat blood test pagi tu. Lagipun, sampai SDMC dah lambat so queue dah panjang. Nurse pun set appointment keesokkan harinya iaitu hari Selasa minggu lepas untuk buat blood test. Tapi kena datang awal sebab blood test pukul 8.30 diikuti nerve test pukul 9.30 dan jumpa balik dr pukul 11.

Dekat lab sempat bersembang dengan orang yang ambil darah tu. Kesian dia, ada tumour kat kepala. Cuma mampu beri kata2 semangat kat dia. Dia pun nampak positif. Semoga Allah merahmati dan menyembuhkan dia. Lepas ambil darah...banyak tu....rasanya ada 6-8 botol kecik kot, I went for breakfast. Lagipun nak prepare myself with the nerve test yang I tak berani nak google pun apa dia. Nerve test ni dia pakai elektrik nak tengok reaction nerve kita bila dikenakan arus elektrik kat parts of the fingers/hand (sebab masalah saya di tangan). Takdelah kuat arus elektrik tu, kalau tak mau keras kejung kat situ... Tingling sensation....a bit uncomfortable...dan tangan kiri terasa sakit sedikit berbanding tangan kanan. Maksudnya, memang tangan kanan problem la...sebab kurang reaction pada arus elektrik yang dikenakan.

Jumpa doktor,dia pun confirm mild carpal tunnel. Other than that, my HB is a bit low- kurang daripada 10 (9.9). Dia tanya sama ada buang air besar keluar darah/uzur waktu tu. I said no and I also explained that my joints are painful as well. She suggested for further blood test. Saya dah tak sedap hati...dengan tangan sakit dan joints yang sakit so I went o see a dr somewhere nearby Lisa de Inn @ Seksyen 17. Dr Zhu is a very kind dr, she advised a lot of things. Siap marah lagi because she said I'm still young and I have to take care of my health. Btw, Dr Zhu ni nama klinik dia Acupotomy Centre. Combination of acupuncture and anatomy. Tak tau nak explain, sila Google ye....hehe....

Yang kelakarnya, dia siap cakap teknik decorate kek yang I buat sama macam zaman nenek dia....kekeke....dia cakap tak payah decorate cantik2 sebab orang makan lepastu jadi najis jugak.... You spent hours on the cake, people eat and poop poop. Hehehe..... Dia jugak advise jangan mandi malam sebab dia cakap I ni arthritis. Tak boleh banyak kena air nanti joints sakit.... Pendek kata, banyak lagi la yang Dr Zhu cakap. June Razali was very kind to accompany me. Lepas tu masa untuk cucuk mencucuk. Pasrah ajelah.... Dia cucuk kat kepala dan belikat. Rasanya....sakit jugak macam kena cubit tapi sekejap aje. Kurang seminit untuk setiap tempat yang dia cucuk tu. tapi alhamdulillah memang rasa ringan badan dan kaki pun dah tak sakit bila menapak pagi2. Tangan pun dah semakin ok. Dah tak bengkak cuma batuk dan selsema ni aje yang tak hilang2.

Ok, back to SDMC...So, semalam keluar la result blood test tu.....Keputusannya.... jeng3x.... Saya adalah thalassemia carrier...dan juga saya tested positive for rheumatism. Minggu depan ada appointment dengan rheumatologist pulak.... Sabar ajelah.... Apa significance blood test result tu? Maksudnya, my kids mungkin carrier jugak. Kalau satu hari nanti diaorang kawin dan the husband is also a carrier, there is a chance that anak diaorang akan dapat thalassemia major. So, penting jugak nak tau tentang ini. Banyak lagi yang saya perlu baca tentang thalassemia ni.... Once I have enough information, I'll definitely share...until then... Assalamualaikum.....

Friday, February 17, 2012

Mari Membaca

Dah lama sangat diri ini tidak melakukan aktiviti kegemaran iaitu membaca. Minggu lepas, waktu hantar Sarah ke kelas piano, kebetulan Mirado tu berdepan aje dengan Popular..hehe...apa lagi, banyaklah novel-novel yang dibelek. Dah punggah novel2 tu ke kaunter, bila nak keluarkan kad ahli aje...lesap la pulak kad tu! Grrr.... sebab nak sangat diskaun tu, sampai kensel tak jadi beli. Hari Rabu pulak, pergilah Subang Parade, ingatkan nak bayar bil Digi. Sistem down pulak....aduss.... 

Sarah nak beli barang-barang sekolah dia jadi kami pun masuklah ke MPH. Wah, ada buku Norhayati Berahim. Masa kat Popular, takde pulak ternampak buku2 karya Norhayati Berahim. NB ni adalah salah seorang penulis yang saya gemari. Tabiat saya pulak, bila saya sukakan karya seseorang penulis tu, saya akan beli semua buku-buku karya beliau. Kalau penulis luar negara, saya suka buku2 karya Judith McNaught, Julie Garwood, Jude Deveraux. Tiga2 penulis ni semua buku yang ditulis saya telah beli dan baca kecuali buku-buku keluaran setahun dua ini aje yang saya tidak sempat beli.

Kalau penulis Malaysia, saya suka Aisya Sofea, Norhayati Berahim dan Fauziah Ashaari. Saya ada koleksi semua buku Aisya Sofea-tak banyak pun. Norhayati Berahim banyak juga. Fauziah Ashaari pula, karya terdahulu beliau saya pinjam daripada rakan dan cuma beli yang terkini sahaja. Selain itu, saya juga minat gaya penulisan Aina Emir, Sharifah Abu Salem dan Anis Ayuni cuma tidak membuat koleksi buku-buku mereka.

Hari ini saya selesai membaca novel Menunggu Kereta Api. Sarat dengan nilai murni, pengajaran dan paling penting...terselit hadis dan ayat Quran. Secara tidak langsung, kita tidak terus hanyut dibuai mimpi-mimpi indah yang disogokkan penulis. Itu adalah salah satu sebab mengapa saya sangat meminati karya Norhayati Berahim. Sangat berbaloi untuk dibaca. Nak cerita lebih-lebih, tak best, jadi bacalah sendiri. :-)



Friday, February 10, 2012

When it's time to let you go........



Today is the day where I have to part with my ride of 6 1/2 years.....I have mixed feelings of letting it go.... It's not because we want a new car. The thing is.... it has not been efficient anymore to keep our beloved Naza Ria. With me driving around the kids, fuel is definitely an issue. Currently, RM70 can last for 3/4 days. Expensive, right? So, we decided to go for a smaller cc car. It is said that full tank is RM90 and can run for 500++ km. What car? Nothing fancy like Alphard/Vellfire/Estima but enough for the 5 of us.... ;-) Seriously....I'm kinda sad of letting my Ria go. It had never failed me except when it required a new battery or had a flat tyre. Other than that, Ria was reliable! My kids also practically grew up in Ria. It was also hubby's wedding anniversary gift for me in 2005 so when I had to let it go, it was with mixed feelings.... Whatever it is, life goes on. Thank you Ria for serving us for the past 6 1/2 years. I'll always remember my WNF ****. 

Saturday, February 4, 2012

KK trip

Tahun lepas disebabkan Sarah ada UPSR, kami tangguhkan untuk bercuti lama2 ke tahun ini. Bermula dengan percutian ke Pulau Pinang diikuti dengan percutian ke Kota Kinabalu. Rancangan asalnya hendak ke Universal Studios tapi elok2 nak pergi buat pasport, papa cadangkan untuk ke KK. Mama pun ok aje memandangkan KK pun menarik juga untuk dilawati. Entah mengapa daripada tahun lepas, seronok pula bercuti dalam negara. Makanan halal senang nak cari dan sebenarnya banyak lagi tempat2 menarik dalam Malaysia yang belum dilawati. Satu lagi sebab lebih murah..... Hehe... Indah sungguh peribahasa Melayu, jauh berjalan luas pemandangan. Sebenarnya ini kali kedua kami sampai ke KK. Kali pertama kami sampai KK hanya berdua tetapi kali ini bersama anak2. Apa yang kami harapkan, anak2 akan lebih menghargai dan bersyukur dengan apa yang mereka ada. Selain itu, kami mengharapkan anak2 dapat mengkagumi ciptaan yang Esa.

Hari pertama
Kami bertolak dari rumah seawal jam 9.30 pagi untuk mengisi minyak kereta. Web check-in telah dibuat malam sebelumnya, jadi sebenarnya kami tak perlu terburu-buru. Mama sebenarnya masih belum sihat sepenuhnya namun digagahi juga diri ini. Ye la...takkan nak kena tinggal kot? Flight ok, makanan ok dan sampai di KK, kereta pun dah sedia menanti di airport. Kami sewa Myvi RM 400 utk 4 hari. Dapat Myvi auto...kira ok la! Kami check in kat Seapark Condotel. Mmm... More like a motel. Ada 5 katil single tu yang I thought ok. Katil dan cadar bersih dan ok tapi memang nampak usang. Kalau yang dah biasa dengan 4/5 star hotel, Seapark Condotel ini bukan untuk anda. Btw, contact person untuk kereta Myvi ialah Roy 0128434348. Bagi saya Roy ni tak berkira sebab sepatutnya Myvi auto lebih mahal lagi tapi dia kira sama aje dgn yg manual. Rezeki! Syukur alhamdulillah! Malam tu kami makan di belakang Filipino Market. Makan 2 ekor ikan yang boleh tahan besar, 5 ekor sotong kecil dan 5 ekor udang kecil. Itu pun dah kenyang sangat2. Nasib baik tak ambil banyak. Kos dalam RM 75 campur air.














Hari kedua
Tidur tak berapa lena walaupun setiap sorang dapat katil. Seawal pukul 5 pagi dah terjaga. I started having fever the night before. Pagi tu pun demam juga so popped pills. Dalam pukul 8.30 pagi kami bertolak untuk menghala ke arah Ranau/Kundasang/Poring. Sebelum tu, pusing KK dulu cari laundry. We travel light jadi baju bawak untuk 3 hari sahaja. Tips : cari dobi untuk hari kedua jadi last day pakai baju hari pertama. Ni kalau nak travel light la....tapi kalau nak bawak segala macam tok nenek....bawaklah beg paling besar ye. Setiap seorang bawak beg galas, Nurin included. Boleh pagi tu satu kedai dobi pun kami tak jumpa kat area KK (Promenade/Le Meridien...kawasan2 belah situ la). Untuk tidak membuang masa, perjalanan diteruskan melalui Karamunsing untuk ke Rafflesia Centre di kawasan Tambunan. KK-Karamunsing-Penampang-Tambunan. Mak datuk.....jauhnya.....dah la tu tak jumpa pulak tempat yang dicari. Ada ke orang lalu jalan ni ek sebenarnya? Kami travel lebih kurang 6 jam. Tempat pertama yang dilawati apabila sampai di Kundasang ialah Desa Cattle Farm. Menariknya tentang tempat ni, lembu2 tu tau time untuk perahan susu. Jam 2 petang, lembu2 akan bergerak tanpa disuruh ke tempat perahan susu. Pandai pulak tu beratur....ada jugak la yang bertolak2....nama pun lagi haiwan..... Oleh kerana hari dah mula hujan, kami terus check-in di J. residence, lebih kurang 100m dari entrance ke Kinabalu Park. Malam tu kami makan di Restoran Intan, Kundasang. Wah, rate KL sih....Nasi pattaya RM7...dinner kami malam tu almost 60 termasuk air dan 12 chicken wings. Lepas dinner, balik ke J. Residence. Suasana memang cantik. Menyesal pulak stay semalam aje kat situ tapi memang sejuk gila!!! Dah la tak ada jaket tebal. Sama jugak macam malam sebelumnya, I had fever and worse than the day before. Pukul 12 terjaga....forced myself to sleep.



















Hari ketiga
Pukul 4 pagi terjaga lagi. Pukul 5 lebih had shower, solat dan terus siap2. Malangnya papa n the kids lepaking after Subuh. Oleh kerana demam, sambung la balik tidur. Dalam pukul 9 pagi kami check out dan terus menuju ke Kundasang. Tempat pertama yang kami tuju ialah di Sabah Tea Garden. Tak lah sebesar plantation kat Cameron tu tapi menariknya tentang Sabah Tea ni dia takde guna pesticide(if I'm not mistaken) Kami bersarapan di situ sambil menikmati teh Sabah. Segar.... Kemudian, kami terus menuju ke Poring. Dalam perjalanan, ternampak pulak signboard bunga Raflesia tengan kembang. Apa lagi, kami pun berhenti la. Paid RM35 untuk 5 orang. Ada ditulis kat kaunter, boeh tengok 2 minit aje...mak ai...jakun punya pasal...takpelah...pergilah jugak. Bunga yang kami tengok ni betina so kecil sedikit. Kalau bunga jantan lebih besar lagi. Dah tengok Raflesia, kami terus ke Poring Hot Spring. Menarik juga di situ tetapi mama dah start feeling terrible. Dizzy dari pagi.Risau kalau2 low blood pressure dan kalau pitam pulak di khalayak ramai. So, tak berapa menikmati keindahan alam di Poring. Dari Poring, kami bergerak semula ke Kota Kinabalu. Check in di Promenade Apartment Suite. Bilik ok, 2 queen size bed. Yang tak bestnya sebab kawasan rumah orang....so faham2 ajelah tapi facilities lengkap. Ada McD, klinik, kedai makan etc.... Malam tu dinner lagi kat belakang Filipino Market.

















































Hari keempat
Lepas breakfast baru kami gerak ke Jesselton Point. Untungnya sewa kereta, memudahkan pergerakan sepanjang kami di KK. Sebelum tu, check out dulu. Barang2 penuh dalam kereta...kami tinggal aje. Alhamdulillah, barang2 selamat, sampailah kami balik dari pulau. Kami decide untuk ke Pulau Sapi sebab ada aktiviti Sea Walking. Harga RM 200 untuk adult dan RM 180 untuk kanak2. Mama tak join sebab tak sihat. Tiket bot untuk kami berlima dalam RM80. Nurin foc....rezeki dia. Tax dalam 3/4 hengget jugak sorang. Dah pakai life jacket, ambil snorkeling gears, kami pun naik bot. Ride dalam 20 minit. Aktiviti pertama sea walking....seronok tengok diaorang excited. Actually kami dah decide Nurin tak payah turun takut dia tak faham arahan bila di bawah laut. Lepas sorang2 turun, I cuba la pujuk Nurin cakap next time. She cried silently. Adusss..... I asked staff kat situ, ok ke if Nurin turun? Dia cakap try dulu. Alhamdulillah everything went well. Dapat jugak Nurin join papa n the rest. It was a lifetime experience for her! I'm just glad she did it!



















































Last day in KK

Nothing much....