Wednesday, November 2, 2011

Health Related : ni untuk perempuan aje!!! With Update

Oleh kerana usia pun semakin tidak menggalakkan...hehehe..... Ye la nak sampai level 4 dah kan, jadi marilah kita membuat pemeriksaan kesihatan. Jadi perempuan ni, macam-maca nak kena check. 2 minggu lepas, I pergi jumpa gynae. Dah alang-alang jumpa gynae, mintaklah dia buang IUCD dan buat pap smear sekali. Sebenarnya buat pap smear tak ada apa pun. Tak sakit kalau kita relax, cuma tarik nafas dan pasrah.....hehehe..... Btw, gynae yang I jumpa tu Dr Delailah di SDMC. Sekarang ada pilihan untuk cari doktor perempuan, jadi sudah tentu doktor perempuan pilihan I.



IUCD pulak I buang sebab dah turun. Doktor cakap no point you simpan because it only gives you a false sense of security. Mmmm....betul la tu. Ha, tang buang IUCD tu betul, terasa jugak sakitnya masa doktor buang tu. Nasib baik sekejap je sakitnya. Phew, macam-macam la! Lepas tu doktor prescribed pil perancang pulak....jangan lepas ni badan naik macam tong dram sudah! Hari tu masa hubby dok dengar ceramah Ustaz Azhar, Ustaz Azhar ada cakap, kalau merancang anak sebab takut tak boleh bagi makan, dosa tau! Kalau nak dengar dengan lebih lanjut, cari kat youtube ye! My case bukan sebab takut tak boleh bagi makan, it's because we already have a special child and we want to concentrate on her. Almaklumlah, kami ni insan serba kekurangan. Kalau beranak ramai2 takut amanah Allah kami sia2kan secara tidak sengaja. Lupa pulak, hasil keputusan pap smear ok. Alhamdulillah. Lega.... Hari ni pulak nak buat pemeriksaan payudara dan pemeriksaan kesihatan.

Peeps, why I talk about this openly is because sometimes we take things for granted. Actually dah 2 tahun I tak buat medical check up. Bila tak berapa sihat hari tu, barulah terfikir, buat ajelah medical checkup. Sekurang-kurangnya kita tahu tahap kesihatan kita macam mana. Ok ke atau ko.... Oppsss... Melalui Groupon, I beli voucher untuk check kesihatan dan pemeriksaan payudara for RM 138. Masa call BP Diagnostic Centre haritu, I ada pilihan untuk buat ultrasound or mammogram. I mintak ultrasound sebab kalau tak silap mammo untuk 40 ke atas. Correct me if I'm wrong.

Ok itu aje nak share untuk hari ni. Ladies, do your pap smear dan jangan lupa do you yearly checkup! Nanti I update apakah yang berlaku sewaktu pemriksaan payu dara itu nanti! Nervous ni!


Sesampainya di BP Diagnostic Centre (BP) tadi, berderet2 kereta park tepi jalan. Compound BP tgh under renovation. Nasib baik ada free spot. Tanpa berlengah lagi, park kereta. Besar juga building dia dan tak ada orang. Ye la, bukan hospital kan? 






Lepas register kat kaunter, I tunggu di ruang menunggu. Tak lama kemudian, staf BP panggil dan ambil details-kupon, tengok IC, ukur tinggi dan berat.  Kemudian ambil darah. Darah ni untuk check tumour marker (for breasts only). Lepas ambil darah, tunggu untuk buat ultrasound. Sebelum pergi, dah tanya sonographer lelaki atau pompuan. Nasib baik pompuan, tak kose kalau lelaki!





Lepas buat ultrasound, jumpa doktor pulak. Dia ajar macam mana nak buat breast examination sendiri. Biasanya baca kat buku, ni personal tutoring...ok la tu! Result keluar dalam 2 hari. Mungkin Jumaat ni siaplah kot! Harap2 semua ok! K, peeps...that's all for now!

4 comments:

  1. masih bertangguh nak wat pap smear.
    sebenarnya sbb masih trauma tang seluk menyeluk ni..
    tau je lahhh masa nak deliver tu berapa kali nurse & doktor check bukaan..serik wooooo...ngerisssss

    ReplyDelete
  2. Betul la tu Faiz! Memang ngeri. Teringat masa mengandung kali pertama. Buat check up kat UMMC. Masa pregnant 7 bulan, dr check serviks dan buat pap smear! Sakit sangat masa tu. Bleeding pun banyak. Nape ek dia buat masa pregnant.tak pulak tanya lain2 dr.

    ReplyDelete
  3. ha'ah la kak...takut kena seluk lagi....lahirkan ardini ni pun asyik kena seluk...jalan x bukak banyak...huhuhu...hr tu dpt appmnt dgn hukm, tp sy kan kat jengka skang....malas pun ada gak...ahhahahah

    ReplyDelete
  4. Buat tau sophie! Arwah kawan akak kena kanser serviks lepas bersalin anak no 2. Check tau, jgn tak check!

    ReplyDelete