Pagi2 lagi dah start mengayak apa2 yang patut. Semangat berkobar2 sebab hari ni kena buat 3 kek. 2 tempahan oleh Diani dan 1 untuk jamuan birthday kat sekolah Nurin esok. Setakat pukul 10 ni, dah 4 adun kek siap dibakar. Actually 1 biji extra tu sebab masa bakar nampak macam tak memberangsangkan so I buat la lagi 1. Takpe, kot2 ada tetamu datang, boleh jamu kek coklat, ye tak?
Dah syok2 bake cakes tetiba bila nak decorate cooking chocolate ada sikit aje! Arghhh....spoil betul.... since I promised myself not to go to Bagus, so dok berfikir2 la nak ke Kota Damansara atau pun tak. Last2 I Googled dan jumpa satu kedai kat USJ 1. Mmmppphhh dekat je.... Kalau tau...tak yah le gi all the way to KD. Tu la...hari2 surf internet, kot ya tanya la Mr Google...
Tengah hari ambil kids then rush to USJ 1, beli brg2 kek rush balik rumah. Kids ngaji pukul 2.30 janji dengan Rifqi. Siapa Rifqi? Rifqi ni anak sedara hubby I. Study kat Univ of Medina. Terlanjur dia ada kat sini, kami mintak tolong dia ajar budak2 mengaji. Sambil budak2 mengaji, bermula la aktiviti nak cairkan coklat dan decorate cake.
Dalam pukul 4, dapat call ustaz nak datang. Kenapa Ustaz nak datang? Jeng3x.... Ni misteri nusantara sebab melibatkan gangguan. Gangguan apa? Itu kita cerita dalam posting yang lain. Apa2 pun oleh kerana lama nak bertarung di alam misteri ni sebab dah beranak pinak, jadi lambat la ustaz balik. Lepas ustaz balik, kekalutan melanda....
Bukan apa, risau takut Diani datang awal. So dengan gigihnya decorate 2 kek Diani. Satu untuk anak Diani bawak ke sekolah dan satu lagi untuk mak Diani. Phew, pukul 9.30 siap kek2 Diani. Lepas tu, I buat kek Nurin. Dalam dok buat tu, eh yang lain2 pun sibuk nak bawak kek gi sekolah. Jadi buat la lagi satu kek. Mata dah ngantuk, kapla fenin. Nak buat satu lagi sure tak larat. Jam dah pukul 11.45. Vanilla blueberry dah siap tinggal nak deco. Choc moist tengah bakar. To be continued la jawabnya. Harap2 larat la mata ni nak bangun pukul 5 pagi esok.
No comments:
Post a Comment