Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!

Tanggal 16 Mei adalah hari yang dinanti-nantikan oleh warga pendidik dimana hari tersebut adalah sambutan Hari Guru. Semua pendidik tidak kiralah di peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, menengah dan di peringkat universiti pastinya berasa diri mereka dihargai dengan pelbagai ucapan dan kata-kata semangat buat insan bernama guru!

Untuk itu, tidak salah bagi ibu bapa untuk memberi penghargaan yang tidak seberapa kepada para guru yang telah mendidik anak-anak mereka. Ingatlah bahawa didikan bukan sahaja berbentuk formal malahan pendidikan tidak formal juga berlaku di sekolah. Di sekolah mereka belajar menghormati rakan-rakan pelajar, menghormati guru-guru yang mengajar, memupuk sikap toleransi dan belajar erti tanggungjawab.

Sedikit penghargaan untuk guru-guru yang telah mendidik anak-anak saya. Terimalah penghargaan yang tidak seberapa ini! Kek coklat buat guru-guru anak sulung saya, kek basketweave untuk guru-guru anak kedua dan kek novelty untuk guru-guru anak bongsu saya.




No comments:

Post a Comment