Wednesday, November 30, 2011

Bab Muamalat

Sebagai seorang yang berniaga walaupun kecil-kecilan, runsing juga bila membaca bab-bab yang berkaitan dengan muamalat. Bukan apa, ilmu tentang bab muamalat sangat2 minimal. Itulah, masa sekolah dulu ustaz/ustazah ajar bab Muamalat main-main. Sekarang barulah terasa ruginya kerana tidak mengambil perhatian tentang bab muamalat waktu sekolah dulu. Tambah runsing lepas membaca artikel-artikel tentang riba. Apapun, di sini disertakan link untuk satu artikel yang telah saya baca untuk manfaat bersama terutama yang berniaga tidak kiralah peniaga besar-besaran atau peniaga kecil-kecilan.



http://umaralfateh.wordpress.com/2011/01/03/riba-duit-kertas-dan-hukum-jual-beli-emas-perak-sedikit-perbincangan-hukum/

Saya juga ingin menggunakan dinar dan dirham dalam urusniaga supaya memperoleh keberkatan selain menghidupkan penggunaannya. Ada tak fellow bakers yang dah mula menerima dinar dan dirham ye? Sebarang perkongsian ilmu sangat dialu-alukan.

6 comments:

  1. kalau dinar tu RM800 lebih kan.. ada sukatan yg lebih kecik ker?
    tak mahir sangat sbb baru beli dinat setoet tu jer!

    ReplyDelete
  2. Untuk kek2 syima ni guna dirham aje kot! Dinar boleh guna utk kek wedding package! :-)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah syima..
    yes.. kita gunakan matawang syariah sebagai medium muamalat kita sekarang.. harsa mmg guna dinar dirham.. as for you bisnes.. dirham la kot.. takkan 1 kek 1 dinat kot kan.. hehehe..
    tak susah sebenarnya menggunakan dinar dirham.. lepas dirham ada fulus.. and kita masih leh gunakan duit kertas kita tu.. insya Allah slowly masyarakat boleh terima perubahan ini.. nanti syima try dapat kan sticter We Accept Dinar and Dirham.. kalau nak harsa tolong boleh jugak.. and boleh jugak kalau nak masukkan ur bisnes lam list bisnes yang menggunakan dinar dirham.. harsa ada listnye..insyaAllah..

    welcome to the club.. sebagai pelopor dinar dan dirham..

    ReplyDelete
  4. Dah agak mesti Harsa support Dinar n Dirham.....alhamdulillah..... InsyaAllah, niat tu memang ada cuma tak tau macam mana nak start. Ajarlah mana2 yang patut ye Harsa! Lepas tu pricing pun boleh Harsa bagi contoh, ye..... Hehe kalau kek rege satu dinar tobat takde sapa nak beli kek...... :-)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah leh la share2 apa yg patut.. first of all, mmg kene pi mengaji lah nak belajar pasal bab muamalat.. macam mana proses beli dan jual dalam islam dengan cara yang betul.. ada akad jual beli pe semua tu..
    as for dinar dirham, kita kene tukar lah duit kertas kita tu kepada dinar dan dirham.. sekang ni harsa guna dinar kelantan je.. ada jugak dinar lain tapi dinar kelantan harsa lebih confident sebab pemerintah di kelantan yang endorse dinar dirham kelantan.. insyaAllah tahun depan dinar dirham kedah pulak..
    as for pricing.. syima tengok la harga syima jual sebijik kek.. katalah 1 kek choc is RM50.. so you can charge 2 dirham lah.. sebab sekarang 1 dirham = RM25.. boleh check kat islamicmint.com.my

    ReplyDelete
  6. Ok, nanti Syima survey blog Harsa tengok pricing kek in dirham. Syima mmg beli dirham kelantan sebab tau boleh guna. Harsa, nanti email no hp ye senang nak tanya apa2.

    ReplyDelete