Friday, November 18, 2011

Handy Mommy part 2

Tak habih lagi citer tentang Ikea.... Masa shopping tak hengat kat Ikea, I also bought 3 roller blinds-ready made untuk di DIY. Biasalah, nak tempah pricey sangat so dah murah kan, beli je la! Paling panjang Rm 159, panjang sederhana RM 129 dan paling pendek RM 89.  Dah beli tu, baru fikir, sapa ek nak pasang! Called 2 people but they didn't reply. Ah, sudahlah...eksen la pulak! Mentang-mentang job ciput, korang tak layan eh.....takpe2 Handy Mommy ada.....

Sebenarnya, ni first time cubaan nak drill dinding sendiri. Biasanya hubby yang buat. Tapi malas nak tunggu dia sebab I rasa boleh buat sendiri. So, bermulalah aktiviti serak-menyerak kat bilik Sarah.

 Start bersepah dah.....well biasala...novice at work!

Letakkan dulu tangga...tengok sampai ke tak nak drill lubang kat atas tu!


 Beginilah tinggi tingkap bilik Sarah...takpe mama pun tak la ketot sangat...sampai untuk drill lubang tu.


Mula-mula tebuk dua lubang lepas tu letak plastik untuk sumbat dalam lubang tu. Plastik I tak tau apa nama dia tapi selalu tengok hubby sumbat plastik tu. Kemudian letak  tempak pegang blind tu dan ketatkan dengan skru. Moving on to the other 2 holes. Tebuk lagi 2 lubang. Nota...orang lelaki senang je drill lubang kat wall sebab depa kuat. Nampak senang, tapi bila I yang drill lubang... ha...semput!!!! Dah la berat power drill tu... Aiseyman...bila time nak pasang blind tu, lari la pulak ukuran. Kena la tebuk dua lubang lagi.... Ketar dah tangan tapi menten lagi... Finally siap la jugak dengan tangan dan kaki mula terketar2.... hehe

Almost ready!!!!

 Tadaaaaa.......

Lepas ni takde la tunggu my Mr Hubby untuk drill anything for me....I dah boleh buat you!!!! Habis la dinding rumah lepas ni......



No comments:

Post a Comment