Thursday, December 29, 2011

Sewing Activities

Ada 2 helai baju Naznin yang perlu dijahit butang sebab bukaan leher yang terlalu lebar. Tuannya kecik aje, kalau tak letak butang nampak la perut dia..... :-) Sebenarnya dah lama papa suruh jahit butang, tapi mama yang tak suka menjahit ni esp jahit tangan, dapat je mengescapekan diri daripada kena jahit button baju Naznin. I think dah a couple years kot beli baju tu! :-p apa nak buat, benda tak minat ni bukan boleh paksa2 kan? Biarlah minat tu datang sendiri....macam sekarang ni.. mama tengah rajin nak explore apa yang mesin jahit ni boleh buat. Rasa macam mama boleh jahit langsir je...(tak agak2....nak buat langsir terus, tak padan dengan novice!)

Sebelum jahit baju Naznin, I dah jahit tudung. Tak percaya? Cuba tengok gambar!

 

 Tapi bukan semuanya I jahit..... Yang tepi tu aje....kekeke.....


Itu pun macam jalan kat Kuala Lipis, bengkang-bengkok! :-) ada hati nak jahit langsir ye! Xpe2x..... It's not wrong to dream big! Tudung sekolah Sarah pun mama cuba nak jahit tapi macam fail aje. Kalau Sarah  tak malu, pakai la, mama will be very happy!


Tak berapa kemas sangat. 



Yang ni baju pink Naznin

 Yang bestnya, NV 50 ni boleh buat sulam ringkas :-)


Kalau ada friends yang macam I, buta menjahit aka novice, NV 50 is worth buying. Boleh berkobar2 semangat menjahit! Lama2 bila dah banyak kali kita prektis, ok la tu. After sales service daripada pihak LSN memang sangat bagus. Actually daripada sebelum membeli lagi, I emailed them and asked lotsa questions, they replied promptly. Dah lepas jual pun siap email tanya ok atau pun tidak, and whether I needed any assistance or not. Macam semalam, I emailed gambar butang baju Naznin, tanya ok atau pun tidak. Diaorang siap email step by step cara untuk jahit butang baju. Lepas tu siap nak bagi gambar dengan penerangan lagi! Two thumbs up for LSN!

Tuesday, December 27, 2011

Final Class for Baking Series 1 at Kota Damansara

Today not really a good day for me sebab macam penat sikit. Kain berbakul tak lipat lagi lepas balik dari Pulau Pinang, so start la melipat baju. Lepas tu, create FB account pulak. Alhamdulillah, ramai my fb friends lama dah accept my new friend request. Million thanks! It took awhile for me to add my friends. Kalau ada yang tertinggal tu, I'm truly sorry. Will update asap!

I totally forgot hari ni ada potluck kat kelas. Tak bawak apa2. Dahlah tu siap plan lunch date dgn hubby. So, siapkan cepat2 kek then turun lunch. After lunch, siapkan lemon curd n whipped cream. Dah siap deco the cakes, Kevin pun bagi la sijil. Sedihlah pulak kelas dah habis. My classmates semuanya ok, very friendly n helpful. As usual, me n Nawar are the last ones to go back. Kalau dapat award, bagi la kat kami ni ha!

 Potluck - Nawar's brownies



Lemon Curd

Kevin-the instructor

Bukti I attended the class! :-p


Me n my partner in crime - Nawar















Monday, December 26, 2011

Adam Aimeen's Cake

Mula prepare icing pukul 10 pagi tadi. Kek Lightning McQueen ni kecik sikit, tak berat macam Barbie, tapi memang lebih satu kilo. Cumanya macam Strawberry Shortcake, kerjanya tedious sikit. Rumit dan kena buat xtra careful. Kalau ikutkan kena pakai tip no 16. Tapi I used slightly bigger, tip no 18. Kalau pakai 16 menangis nak tunggu habis.... :-) Anyway, hope the birthday boy like it. I used 2 types of icing- Vanilla Fluffy Buttercream and Wilton Buttercream. Wilton punya icing ada smell yang I'm not fond of. Actually it's the clear vanilla yang buatkan bau dia macam tu. Kenapa guna icing Wilton? Sebab nak dapatkan warna putih untuk windscreen dan lampu kereta Lightning McQueen. Selain itu, Icing Wilton juga digunakan untuk buat mata, dan sticker kuning/oren kat kereta. Other than that, warna merah (walaupun nampak macam pinkish sket) dan burgundy tu semuanya fluffy vanilla buttercream. Warna merah habis sebotol tapi tak dapat merah menyala macam kereta McQueen.

Work in progress

 Finishing....

The final product!









Sunday, December 25, 2011

Penang Trip - Last Day

Lepas breakfast, kids sambung aktiviti berenang. Mama tak koser....jadi papa la yang temankan! Dalam pukul 11, kami check-out dan bertolak balik. Rancangannya nak naik feri pulak. Wah, memang line clear betul la.... Terus je masuk dalam feri dan 5 minit lepas tu, feri pun jalan! Alhamdulillah....tak payah la menunggu lama2... Kids pun excited naik feri (ke mama yang over?). Bila feri start jalan, mama ajak kids keluar. Ya Allah, si Nurin ni memang gayat. Dia takut dan pegang dinding feri tu. Lepas dia tengok antara feri dan laut tak tinggi, barulah dia konfiden nak jalan2 atas feri.






Yang kelakar, berangan nak panjat tangga, lepas tu halfway, dia ketar lutut nak naik. Mana taknya, angin sikit punya kuat lepas tu memang tangga tu curam. Mama pulak panik sebab mama follow daripada belakang. Tudung dah nak terbang. Huwaa..... Saspen tak hengat tu.... Kontrol2x.. punya la berdoa kain dan tudung tetap maintain!! Phew....selamat! Padan muka!!! Makcik2, kakak2 yang nak naik bahagian atas feri....ni peringatan ye! Make sure anda berseluar panjang @ memakai seluar panjang di sebalik skirt/baju kurung/jubah anda ye.... Kalau tidak.... Free2 buat show! ;-)





Trafik ke Pulau Pinang dah mula banyak kenderaan. Kat hiway pun sama. Kereta dah banyak menuju utara. Wah... Lega hati sebab kami melawan arus. Trafik ke selatan ok2 je.... Takde la lengang tapi tidaklah sampai bersesak2.... Berapa banyak kali daaa buat pit stop kat RNR/tempat parking. Ada je yang nak jumpa Mr. Tan (bukan Seth Tan ye... ;-) ). Reminded hubby singgah di RNR kat Sungai Perak. Banyak betul jual buah2an kat situ. Buah2 pun nampak fresh. Mama borong la buah2 untuk dimakan dalam kereta. Ada ciku.... Mmmm... My favourite!



Stop solat kat Gutrie then baru nak lunch. Lunch plus early dinner la kiranya. Dalam kereta makan buah dan junk food- contrast betul, healthy vs unhealthy food. Mula2 nak makan seafood tapi lepas tu kami decide untuk ke Citta Mall di Ara Damansara dan tengok food apa yang sedap. Ada Chili's, Pappa Rich, Meat Works etc. Kami makan di Meat Works.

Papa order ribs, Sarah order steak (cik kak ni kuat makan sekarang, tak nak kid's portion tapi ambil portion adult!), Nurin dan Naznin makan Junior Steak dan Mak Long makan spaghetti carbonara! Mama? On diet! Hahaha.... Yo la tu.... Mama share food dengan mak long. Peh, Carbonara kat sini lagi sedap daripada kat Italiannies (dan sedap lagi daripada mama punya!)








Tu aje food yg sempat disnap....hak lain tak sempat nak tangkap....perut dah lapo sangat... tak ingat apa dah! :-p




Saturday, December 24, 2011

Penang Trip Day 2 (with pics)

Rancangan asalnya ialah nak breakfast pukul 6.30 dan pukul 7 gerak ke Bukit Bendera. Breakfast terlewat sikit dalam 6.40 dan bila dah banyak food tu....ehem2x.... Semua benda nak try.... lewatlah kami keluar dari hotel. Dekat pukul 8 baru bertolak ke Bukit Bendera. Cari kat GPS Bukit Bendera takde, Penang Hill ada la! So klik ajelah salah satu yg tunjuk Penang Hill and as a result entah ke mana2 kami dibawa oleh GPS ni! Last2 klik kat Kek Lok Si Temple dan jumpalah kami dgn papan tanda yang menuju ke Bukit Bendera.

Dah ramai juga orang kat Bukit Bendera dan seperti biasa pasti ada rombongan Cik Kiah... Cuti sekolah kan? Biasa la tu!!! Peringatan bagi yang nak ke Bukit Bendera!!! Kumpul semua MyKad2 orang dewasa sebab dapat potongan diskaun untuk tiket keretapi ye! Kalau takde MyKad, tak dapat diskaun! Ingatkan tunjuk 1 MyKad dah cukup tapi dia nak semua MyKad untuk tiket dewasa kalau kita nak diskaun la! Sarah pulak MyKadnya kat rumah, so takdelah diskaun untuk dia!


Perjalanan naik ke puncak Bukit Bendera best sangat. Teringat masa darjah 4 dulu ikut lawatan sekolah. Keretapi punyalah slow tak hengat! Keretapi baru ni, laju gila! Mula2 risau sebab kami kena berdiri. Dalam hati dok berkata2 lenguhlah kaki nak sampai puncak! Surprisingly memang laju dan sekejap je dah sampai atas. Rasa tak puas pulak naik keretapi! What a total contrast to the journey up the hill ages ago!!! Rasa jakun pun ada....eheh!!













Kami naik buggy pusing2 kat atas tu. untuk 25 minit, RM30. Daripada berjalan, naik la buggy. Bukan apa, dah faham sangat dengan Cik Nurin....jalan sikit nanti dia cakap... Enat ah! (penat lah) pastu mintak kita dukung! Ingat ringan? :-) lepas ride tu, kami masuk Taman Burung. Nurin tak kena tiket... Rezeki dia.... Selalu aje orang bermurah hati dengan Nurin ni! Dah snap pics, kami turun dari Bukit Bendera.










Next, kami bertolak ke Tropical Fruit Farm. Punya la susah nak cari. GPS pun tunjuk direction yang salah. Berpusing2 kami dibuatnya. Hampir2 putus asa! Tp my hubby pergi jugak ikut jalan ke Balik Pulau. Dah halfway, jalan makin sempit n kami makin tak konfiden. Call Tropical Fruit Farm, betul dah jalan tu. tak lama lepas tu sampai la ke atas. Tapi muka semua mcam dah blur + bengang so kami just beli buah kat bawah tu, tak melawat farm dia pun. Makan rojak 2 pinggan, beli air dan gerak balik hotel.


Singgah makan depan Tropical Spice Farm. Ada kedai makan. Nasi Ayam dia sedap. ABC pun sedap. Halus tekstur ais tu.... Baru tukar pisau kot @ baru asah (asah ke?) tapi memang halus la tekstur ais tu! Bukan senang nak jumpa! Selalu kasar je rasa ais. This one macam makan snow aje (macam pernah makan snow, halus ke snow tu?)....:-p






Petang takde aktiviti, just teman kids kat swimming pool je. Malam pulak kami dinner kat Tari Cafe. Makan lamb chop (sedap, kuah macam kari sket), char kuay teow, steak, burger dan nasi goreng ayam. Food kat Tari Cafe yang kami makan memang sedap la! Lepas makan, balik hotel n zzzzz.











Thursday, December 22, 2011

Penang Trip Day 1 (with pics)

Departed from home around 7.30am. Traffic to Guthrie Corridor was ok. Smooth sailing all the way to Plus Hiway. Pit stop at RnR Tg Malim. Saw a few bikers....nice!!!! The scenery along the highway is really cool! There's a lot of things to see....mmm.....maybe I got so used to the KL-JB hiway route that the view no longer interests me....  :-p








We went for lunch at Line Clear Nasi Kandar. They've been in biz since 1930. They're open 24 hrs..... Hubby jokingly said that the pots and pans used haven't been washed since 1930, that's why the food is nice...(ya la open 24 hrs... Bila basuh pots and pans?) 





Anyway, reached Hydro Hotel around 2pm. Booked online thru latestay so check-in was a breeze! Requested for connecting rooms, somehow we didn't get it. Takpe....more privacy for us....huhu..... Hotel is big and not too bad. It's kinda old but comfy. Hydro was formerly known as Feringghi Beach Hotel. We got the hillview.... plus the condos and double storey  houses as part of the view......hehe...



We're going to rest for now.... Later we're heading to the Toy Museum... Zzzz 

Mmmmmm tak tidur pun. Dalam pukul 5, kami bertolak ke Toy Museum depan Hotel Capthorne.Tiket untuk dewasa RM 10 dan RM 6 untuk kanak-kanak. Ok la.... Menarik jugak....banyak toys yang menarik perhatian.... Lepas tu, kami pun pergi makan di Food Court tak jauh dari Toy Museum. Kuay teow dia sedapppp..... Halal ye...bukan kat kedai Cina! :-)