Saturday, December 24, 2011

Penang Trip Day 2 (with pics)

Rancangan asalnya ialah nak breakfast pukul 6.30 dan pukul 7 gerak ke Bukit Bendera. Breakfast terlewat sikit dalam 6.40 dan bila dah banyak food tu....ehem2x.... Semua benda nak try.... lewatlah kami keluar dari hotel. Dekat pukul 8 baru bertolak ke Bukit Bendera. Cari kat GPS Bukit Bendera takde, Penang Hill ada la! So klik ajelah salah satu yg tunjuk Penang Hill and as a result entah ke mana2 kami dibawa oleh GPS ni! Last2 klik kat Kek Lok Si Temple dan jumpalah kami dgn papan tanda yang menuju ke Bukit Bendera.

Dah ramai juga orang kat Bukit Bendera dan seperti biasa pasti ada rombongan Cik Kiah... Cuti sekolah kan? Biasa la tu!!! Peringatan bagi yang nak ke Bukit Bendera!!! Kumpul semua MyKad2 orang dewasa sebab dapat potongan diskaun untuk tiket keretapi ye! Kalau takde MyKad, tak dapat diskaun! Ingatkan tunjuk 1 MyKad dah cukup tapi dia nak semua MyKad untuk tiket dewasa kalau kita nak diskaun la! Sarah pulak MyKadnya kat rumah, so takdelah diskaun untuk dia!


Perjalanan naik ke puncak Bukit Bendera best sangat. Teringat masa darjah 4 dulu ikut lawatan sekolah. Keretapi punyalah slow tak hengat! Keretapi baru ni, laju gila! Mula2 risau sebab kami kena berdiri. Dalam hati dok berkata2 lenguhlah kaki nak sampai puncak! Surprisingly memang laju dan sekejap je dah sampai atas. Rasa tak puas pulak naik keretapi! What a total contrast to the journey up the hill ages ago!!! Rasa jakun pun ada....eheh!!













Kami naik buggy pusing2 kat atas tu. untuk 25 minit, RM30. Daripada berjalan, naik la buggy. Bukan apa, dah faham sangat dengan Cik Nurin....jalan sikit nanti dia cakap... Enat ah! (penat lah) pastu mintak kita dukung! Ingat ringan? :-) lepas ride tu, kami masuk Taman Burung. Nurin tak kena tiket... Rezeki dia.... Selalu aje orang bermurah hati dengan Nurin ni! Dah snap pics, kami turun dari Bukit Bendera.










Next, kami bertolak ke Tropical Fruit Farm. Punya la susah nak cari. GPS pun tunjuk direction yang salah. Berpusing2 kami dibuatnya. Hampir2 putus asa! Tp my hubby pergi jugak ikut jalan ke Balik Pulau. Dah halfway, jalan makin sempit n kami makin tak konfiden. Call Tropical Fruit Farm, betul dah jalan tu. tak lama lepas tu sampai la ke atas. Tapi muka semua mcam dah blur + bengang so kami just beli buah kat bawah tu, tak melawat farm dia pun. Makan rojak 2 pinggan, beli air dan gerak balik hotel.


Singgah makan depan Tropical Spice Farm. Ada kedai makan. Nasi Ayam dia sedap. ABC pun sedap. Halus tekstur ais tu.... Baru tukar pisau kot @ baru asah (asah ke?) tapi memang halus la tekstur ais tu! Bukan senang nak jumpa! Selalu kasar je rasa ais. This one macam makan snow aje (macam pernah makan snow, halus ke snow tu?)....:-p






Petang takde aktiviti, just teman kids kat swimming pool je. Malam pulak kami dinner kat Tari Cafe. Makan lamb chop (sedap, kuah macam kari sket), char kuay teow, steak, burger dan nasi goreng ayam. Food kat Tari Cafe yang kami makan memang sedap la! Lepas makan, balik hotel n zzzzz.











4 comments:

  1. kalau dah korang pake GPS pun leh sesat2, ermmm nampak gaya tak jadila ajak incik jln rebung gi penang selasa depan.. kami kat kulim ni ingat nak jln2 penang. memandangkan incik jln rebung bukan jenis yg sabar bila bab lalulintas kena carik alternatif lain la... hahaha cam biasa ambik feri pastu naik bas huhu...

    ReplyDelete
  2. Actually ok jugak Faiz pakai GPS cuma ada sesetengah tempat tu dia buat kita berpusing2. Dok rely kat GPS tu la yg buat journey balik kelantan sampai 17 jam hari tu.... isy3x... GPS ni kalau kat town betul2 ok kot tp fail bila keluar town....

    ReplyDelete
  3. fuhh ganaih tu balik tanah tumpah darah pun sampai 17 jam. ala2 pusing 1 semenanjung hehe..

    ReplyDelete
  4. Hahaha..... Itu menunjukkan betapa kerapnya kami balik Kelantan.... Sampai tersesat..... Yang sebenarnya, kami jarang ikut Terengganu. Biasanya ikut Gua Musang. Tapi seronok jugak ikut Trg.

    ReplyDelete