Monday, April 9, 2012

Setahun sudah berlalu......

Sesungguhnya saya amat bersyukur kepadaNya. Dalam tidak sedar sudah setahun saya menjalani kehidupan sebagai seorang surirumah. Tidak pernah terlintas di fikiran bahawa saya akan menjadi seorang surirumah. Selama ini, hanya kerja yang berada di fikiran. Dahulu, saya tidak nampak bagaimana saya boleh keluar daripada menjadi seorang penjawat awam. Allah Maha Kaya.....memang benar, kadang2 apa yang berlaku dalam hidup kita amat menyakitkan sehingga kita tertanya2 mengapakah kita yang menghadapi ujian tersebut. Kita sering lupa bahawa setiap yang Allah takdirkan untuk kita, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Saya teringat akhir Mac tahun lalu. Betapa satu insiden yang berlaku dan melibatkan Nurin benar2 membuat saya kecewa sehingga saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Saya berjumpa dengan Pengetua dan Penolong Kanan 1 untuk menyatakan hasrat saya. Mereka menasihatkan supaya saya mengambil cuti tanpa gaji dan berfikir panjang sebelum mengambil keputusan terburu-buru. Ada juga di kalangan rakan yang masihatkan supaya memikirkan kewajaran untuk berhenti kerja kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.

Waktu itu, saya menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Esa. Saya tiada daya dan upaya....saya hanya mengharapkan Allah akan membantu saya. Syukur alhamdulillah, setiap urusan saya dipermudahkanNya. Urusan cuti menjadi mudah. Rezeki tidak putus2 dan datang dengan tidak disangka2....saya amat yakin bahawa apabila kita meletakkan pengharapan dan pergantungan kepada Allah semata2....urusan kita akan dipermudahkanNya. Tapi jangan pula apabila sesuatu yang tidak baik berlaku, kita cepat menyalahkan takdir...sebaliknya...ingat!!!! Setiap yang Allah tentukan untuk kita selain daripada sebagai ujian dariNya, kita perlu yakin bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita....

Jadi, untuk apa saya penat2 belajar dari Tadika sampai universiti? Perjalanan itu saya tempuhi sebagai 1001 pengalaman yang saya kutip dan tempuhi sepanjang perjalanan menuju ke alam dewasa. Bergelar seorang surirumah bukan bermakna ilmu yang diperolehi sekian lama tidah bermakna jika tidak dipraktikkan.....saya cintakan ilmu....saya suka belajar...biarlah....walaupun saya tidak dapat mempraktikkan semua ilmu yang telah dipelajari, walaupun sedikit, tetap saya gunakan dalam kehidupan. Menjahit contohnya, kalau tidak tahu mengira, mana mungkin saya boleh mendapat ukuran yang tepat untuk membuat baju. Membuat kek pula, sekiranya saya tidak tahu buat pengkosan, mana mungkin saya tahu sama ada saya untung ataupun tidak.

Kesimpulannya.....setiap apa yang kita lakukan pasanglah niat kerana Allah swt. Disamping itu,berdoa supaya kita tidak tersasar daripada jalan yang Dia redhai. Dalam pada itu, sedar akan hakikat yang kita mungkin berada di penghujung fasa peradaban manusia. Kalaupun tidak betul..kiamat kecil boleh berlaku tanpa disangka2.....Cukupkah bekalan kita? Bersediakah kita untuk menjawab atas setiap amalan dan perbuatan yang kita telah lakukan di dunia? Semoga Allah mengampuni segala dosa2 yang telah kita lakukan dan semoga kita terus istiqamah dalam mencari redhaNya.....Amin....

4 comments:

  1. ingatkan sekarang ni syima cuti sbb sambung belajar.
    masa berhenti tu kena bayar apa2 @ syima tak terikat ngan kementerian.

    ReplyDelete
  2. Sekarang cuti jaga anak.. :-) Actually tak berhenti lagi Faiz....Syima sepatutnya report for duty akhir bulan September. Besar kemungkinan masa tu la baru decide akan resign. Apa2 pun ada beberapa bulan lagi sebelum buat keputusan.

    ReplyDelete
  3. sethn da kak? sekejap je kan... ;)

    ReplyDelete