Thursday, December 8, 2011

Kekalutan Melanda n Kelas Basic Deco (2)

Sepatutnya semalam buat kek dan prepare icing untuk kelas hari ni! Tapi takde mood sangat2 nak buat apa2 semalam....lagipun banyak benda nak kena uruskan- pasal warranty sofa, Maxis line bla2x.... Ha, talk about sofa! Don't ever buy leatherbond! After a year or two, leatherbond tu akan koyak.....should've invested in leather @ fabric. Dah la tu, sofa tu lepas setahun dah out of shape....nasib baik under warranty....so boleh la hantar repair. Tapi tak boleh nak claim tukar leatherbond tu. Tak pasal2 kena sarung fabrik la pulak. Leather cam mahal sangat baik beli baru (hahaha.....sure berkerut muka my hubby bila baca.... sabo ye yang....)


Cakap pasal Maxis pulak....eeee.....sakit hati tak habis ni! Dah la tak ada reception bila dok kat bawah. Kat atas pulak kadang2 ada, kadang2 tak ada! Sakit hati betul....dah la bayar mahal tiap2 bulan.... average bayar 400-500 setiap bulan untuk 4 line. Dah sakit hati tahap gaban, Sarah's phone line I switched from postpaid to prepaid. Tu pun almost 500 bulan ni...Argh...sakit hati betul! So, we decided to switch to Digi. Boleh pulak I kena blacklist dengan Celcom sebab tak bayar broadband. I made payment months ago. My stupid mistake was I didn't print screen the transaction and save a copy! Duh.... Nak check balik statement, kalau bulan lepas ok la...... ni many months before....

Forget about my merepekness, back to this morning.... bukak fridge, OMG, sebijik je telur.... resepi butter cake ada 5.... nak call Zura...way too early... belasah la buat kek coklat 1/2 recipe. Dah masuk kek dalam oven, start la nak buat icing...Tepuk dahi pulak!!!! Krimwell tak ada ....shortening aje yang ada.....I panik dah masa tu..... aiyo....cemana nak buat ni? Pack barang2, sms my teacher bagitau I'd do the icing in class...rush gi kelas. Nyaris tertinggal kek....phew.....Subang to Damansara slow moving pulak... panik GILA!!!! Called ICCA mintak diaorang prepare Krimwell kat kaunter. Michelle-retail staff kat ICCA was very kind and helpful. I gave the money and told her I'll take the balance later. Dia siap hantar baki duit dengan resit naik atas ke kelas. Salute!!!!

Enough talking....eh... ke writing ? Enjoy some of my pics....

 My class....

Items and tools yang I dapat.... 

My fellow classmates..... semua best.... yang baju biru tu baru 11/12 thn ye! 


My teacher-Summer Lee, teringat my other sifus....k Liana (yang mula2 ajar tentang deco cake) n Maz (ajar teknik deco cake) tq to both of you..... :-)

Ni kes malas nak salin la ni....snap pic je.... er leh nampak ke ek?

Yang ni bukan sebab malas nak salin ye... tapi sebab rushing nak balik... kelas dah habis! (ahaks!!!)

Ini la hasilnya...... some of the cakes yang Summer pilih sebab frosting cantik, pilihan kaler cantik etc...

hikhik....mine included....takde lawa mana.... :-p
Teringat Summer cakap, when you do the dots, make sure no nipple ah.... hehehe.....

Tuesday, December 6, 2011

Wilton Better Baking Series 1

Finally dapat jugak attend kelas ni yang dibatalkan bulan lepas sebab kurang sambutan. Bulan lepas banyak sangat cuti, itu yang tak ramai boleh join. This round sampai 16 orang dalam kelas. Kelas start pukul 11 pagi. Wah, mudanya instructor, Kevin namanya. Tapi walaupun nampak muda, Kevin was very good at explaining and answering questions. Ok, hari ni buat 2 jenis kek- Butter Cake n Choc Fudge Cake. My partner is Nawar... Kami tak habis2 gelak dalam kelas. Asyik2 kami la yang last siapkan task. Kekeke.... Dah bake 2 cake rehat sat for lunch. Lepas tu sambung untuk cake frosting pulak. I tell you, the Fluffy Vanilla Frosting tastes very nice but a bit sweet, though. Yg tu takpe sebab boleh kurangkan icing sugar. Hak choc fudge pun sama. Apa pun, Nawar n me yang paling last keluar kelas coz kami siapkan jugak frosting our cakes. Ada yang balik buat di rumah.... Me? Tak kuasa mak!!! Weekends dah penat bergelumang dengan buttercream. Esok nak kena prepare buttercream untuk kelas hari Khamis pulak..... Huhu.... Dah siap tu, dengan handbagnya, dengan beg kertas isi barang2 plus 2 cakes terhegeh2 bawak ke kereta. Baru la rasa penat yang teramat sangat. It was a good class. Learnt lotsa things. Banyak benda yang tak tahu rupanya....sebab tu kena belajar! :-)

Choc Fudge Cake with Choc Buttercream Icing

 Butter Cake with Fluffy Vanilla Frosting

I bagi the whole Choc Fudge Cake kat my neighbour, Adzura. Siapa nak makan sampai 2 biji kek? Next week I'll be baking Pound Cake and Red Velvet Cake.....mmmm.....nak bagi kat siapa pulak ye? Zura sure tak nak..... tadi pun I practically forced her to take the cake....hehehe...... 

wife to @ jalan rebung: Sekitar birthday Nurin

wife to @ jalan rebung: Sekitar birthday Nurin: Ibu tunjukkan kakak widad blog auntie syima tentang jemputan birthday kakak Nurin. Kakak widad laa yang dok peringatkan ibu selalu. Tak bo...

Sunday, December 4, 2011

Thank You-updated

Alhamdulillah, selesai sudah jamuan hari lahir Nurin. This is the first time ever mama n papa really planned a birthday party untuk anak. All the while, just makan2 n small gathering. Seronok jugak sekali sekala tapi penat. Yang penat sangat tu bukan apa, sejak minggu lepas I was down with flu sampai 5 hari hilang suara. Batuk pun teruk juga n affecting my sleep. Siang pulak tak ada napping, tu yang terasa penat sangat. To family n friends yang datang, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi memeriahkan majlis hari lahir Nurin. Mohon maaf atas segala kekurangan. Kalau tak terlayan tu, maaf sangat2 ye, 2 weeks before, sihat sangat2... Cuma the past week ni je yg tak berapa sihat.To June Razali, thanks a million! Dari menemankan cari baju untuk Nurin sampailah ke balloon decoration. Saja suka2 dengan theme Strawberry Shortcake...tapi hope tiadalah pula sampai menyusahkan semua untuk ikut theme. Thanks again ye, will upload pics tomorrow n xtra story mory....

Wednesday, November 30, 2011

Bab Muamalat

Sebagai seorang yang berniaga walaupun kecil-kecilan, runsing juga bila membaca bab-bab yang berkaitan dengan muamalat. Bukan apa, ilmu tentang bab muamalat sangat2 minimal. Itulah, masa sekolah dulu ustaz/ustazah ajar bab Muamalat main-main. Sekarang barulah terasa ruginya kerana tidak mengambil perhatian tentang bab muamalat waktu sekolah dulu. Tambah runsing lepas membaca artikel-artikel tentang riba. Apapun, di sini disertakan link untuk satu artikel yang telah saya baca untuk manfaat bersama terutama yang berniaga tidak kiralah peniaga besar-besaran atau peniaga kecil-kecilan.

Tuesday, November 29, 2011

Kids' Field Trip to the Library-updated

It's school holiday! Minggu pertama cuti sekolah berlangsunglah aktiviti mengemas rumah dan bilik masing-masing. Ni dah minggu keberapa ye? Lepas buat Shaun the Sheep, I was down with flu. Semalam start hilang suara. Hari ni pun sama. Suara rock gittew ala2! teringat cerita Hamid Gurkha dgn arwah seniwati Yusni Jaafar. Dialognya, "Baru balik, Mid?" Hamid Gurkha terkejut ingat suara jantan mana... hehe.... rupanya suara arwah Yusni Jaafar.

Saturday, November 26, 2011

Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah buat semua. Looking back, what have we achieved? Have we become a better person, somewhat the same or worse than last year? Saya berdoa semoga kita semua, walaupun tidak banyak perubahan namun sekurang-kurangnya ada jua walaupun sedikit dalam mencari keredhaanNya.

Thursday, November 24, 2011

Theme Party Ideas

It turns out that many people take months to prepare for a birthday party! On the other hand, it's gonna be a mere two weeks for me! I gotta kid myself! It's Wednesday and I start to panic as there are a lot of things that need to be done! I tried to use the service of a party planner. Hey, it doesn't come cheap, ok! What do you expect? I don't blame them (the party planners), it's business and there are many who are willing to pay huge amount of money to celebrate a birthday, hassle-free.

Sunday, November 20, 2011

Invitation to Nurin Amanina's 11th Birthday

Dearest Family and Friends!
Please join us to celebrate
Nurin Amanina's 11th birthday
on Sunday, December 4th, 2011
at 3.00 pm

My western lunch

Tak sempat update. Badan baru start merasakan impak dari percubaan meniru Handy Manny.... Lenguh ada, macam nak demam ada, tapi memang sakit la badan terutama tangan. I guess sebab pegang power drill yg berat ittew. Anyway, enjoy the pics....

Saturday, November 19, 2011

Wilton Gumpaste and Fondant

Ada a few changes to the timetable. Initially I wanted to join the Wilton Baking Series but the classes are postponed to December due to lack of response. Apa pun, dengan course ni, diharapkan dapat menambahkan pengetahuan I. Jadual kelas adalah seperti berikut :

Ahad 20 November 12-4 ptg
Ahad 4 Disember 12-4 ptg
Lokasi : ICCA Kota Damansara
Fee : RM750


Any takers? Jom2x....it's never too late to start something new...... :-)

Friday, November 18, 2011

Handy Mommy part 2

Tak habih lagi citer tentang Ikea.... Masa shopping tak hengat kat Ikea, I also bought 3 roller blinds-ready made untuk di DIY. Biasalah, nak tempah pricey sangat so dah murah kan, beli je la! Paling panjang Rm 159, panjang sederhana RM 129 dan paling pendek RM 89.  Dah beli tu, baru fikir, sapa ek nak pasang! Called 2 people but they didn't reply. Ah, sudahlah...eksen la pulak! Mentang-mentang job ciput, korang tak layan eh.....takpe2 Handy Mommy ada.....

Thursday, November 17, 2011

UPSR!!!!!

Hai UPSR, UPSR! Maleh nak fikir tapi kena fikir jugak sebab Sarah xm tahun ni. Tapi for me, dari start hari dia ambil xm UPSR I dah redha. Apa2 aje keputusan yang dia dapat, kami terima. This is just one of the many hurdles in her life. Dalam pada tak kisah tu, kecut jugak perut sebab takut dia frust dengan result dia. Nak tidur semalam pun dalam kepala dok fikir 1A ke...2A ke....3A.....Sarah's trial was not so ok...with 1A 3B and 1C. Jadi pagi ni hubby pun half day semata2 nak sama2 bagi sokongan untuk Sarah.


Wednesday, November 16, 2011

Handy Mommy

Konon2 next week baru nak gi Ikea tp disebabkan terbawak balik katalog Ikea, maka I membelek2 la katalog tu.... Tertelan2 air liur dok tengok furniture kat katalog tu.... Isy! Tak boleh jadi ni....I pun list items on my wish list and email to hubby. Hubby replied "In your dreams...". Ooooo..... Main kasar ye.... Hehehe....xpe2x... Semalam (Selasa)lepas ambik kids balik sekolah, apalagi.... Aktiviti merempit ke Ikea.... Wuuuhuuuu......

Tuesday, November 15, 2011

Kek untuk anak Ayoul

Beberapa hari lepas Ayoul call tanya boleh tak buat kek kereta Lightning McQueen. Pan kereta mmg ada jual dan rasanya boleh sewa kat ICCA. Tp sebab 1st time, so ala2 nervous sikit. Anak Ayoul pulak bg gambar kek macam yg dia nak....consulted Lilot kot2 dia boleh buat... then I decided masa tu tak berani nak take the job coz takut birthday boy disappointed. Photocake takpe tp kek yg bday boy nak ni yg 3D. Almaklumlah, auntie ni macam bidan terjun ke alam baking membaking ni.... :-)